Cara kurangkan rasa lapar dan letih semasa berpuasa di bulan ramadham

6/24/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara kurangkan rasa letih berpuasa

Hari ni dah hari ke-8 kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya dah pun seminggu berpuasa..pejam celik pejam celik dah pun get ready nak balik beraya di kampung.

Sepanjang tempoh seminggu ni banyak benar whatsapp saya dapat nak cari set berpuasa. Masing-masing kata tak tahan lapar. Awal-awal pagi lagi perut dan berbunyi-bunyi. Bila zohor badan pun mula jadi letih dan bertenaga. Padahal masa sahur sepinggan nasi habis melantak. Pelik betul !!

Tak pelik pun sebenarnya. Tau tak korang kenapa walaupun dah melantak sepinggan nasi still rasa lapar??

Saya assume korang tak tahu la yer. Yang mana dah tahu tu buat-buat macam tahu je lah. Sebenarnya nasi adalah kategori makanan yang high G.I.

Apa dia high G.I tu? 


Maksudnya Indeks Glisemik yang tinggi.
Maknanya bila kita makan nasi kita jadi cepat kenyang..sebabnya nasi tadi ditukarkan kepada gula ringkas dan tenaga dengan cepat. Sebab tu orang yang kencing manis tak digalakkan ambil nasi yang banyak.. Bukan  je sebab kandungan kanji nya tapi sebab GI nya yang tinggi. So lepas makan nasi paras gula akan naik mendadak. Tapi tak lama lepas tu jadi lapar balik sebab tak ada lagi dah gula ringkas untuk tukar jadi tenaga.

So saya nak share dengan korang tips untuk kurangkan rasa lapar dan letih ketika berpuasa. Semoga ianya bermanfaat untuk 21 hari lagi kepada anda.

Masa nak makan nasi semasa sahur, bacalah Bismillah. Pastu gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul....(buat mcm guli kecik2 tu...)... Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Buat mcm tu sampai abis 3 gumpal nasi tu.... Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Bila dh habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma tu pulak... 7 biji kalau kita makan dlm sehari.... iblis takkan dekat dengan kita...(insya Allah..)... Dan ianya adalah amalan Rasulullah ....selain dari memberikan tenaga.

Melewatkan waktu sahur, kerana glukosa (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

Anda juga boleh mengamalkan dengan membancuh 3 sudu esp bersama-sama minuman kegemaran anda dan mengambilnya setiap kali semasa bersahur. Boleh juga diblend bersama kurma, kismis, bijirin, oat dan buah-buahan (jangan ambil buah yang masam pula).

Kenapa esp?



cara kurangkan rasa letih berpuasa

Ini kerana esp bersifat low G.I. Indeks glisemik nya yang rendah menyebabkan glukosa ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan. Jadi badan anda akan memperoleh berterusan daripada esp.

Bagi anak anda boleh boleh diberikan meal shakes yang mana ianya juga low G.I disamping dilengkapi dengan multivitamin yang bagus untuk perkembangan fizikal anak-anak.


Selain daripada ini anda juga boleh amalkan;

Ambil 3-4 biji kurma semasa berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.

Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.

Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.

Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.

Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Hari ni dah hari ke-8 kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya dah pun seminggu berpuasa..pejam celik pejam celik dah pun get ready nak ...

0 comments: