Showing posts with label Tips keibubapaan. Show all posts

Dah lebih 3 bulan anak-anak


berkurung di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tujuan menyekat penularan wabak covid-19. Walaupun lagi 2 hari sekolah bakal dibuka semula kepada pelajar SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan, namun bagi pelajar tahun 1-6 dan tingkatan 1-4 masih tertunggu-tunggu bila agaknya sekolah akan dibuka semalam.

Semalam pun cikgu dah ke sekolah anak-anak untuk mengambil buku tulis dan latihan anak-anak. So nampaknya macam lambat je lagi sekolah akan dibuka dan anak-anak bakal meneruskan pembelajaran dari rumah la nampak gayanya.

So bila dah belajar dari rumah, ibu bapa la yang kena mainkan peranan untuk membimbing anak-anak. Tapi banyak jugak cikgu dapat aduan daripada ibu ayah yang mengadu tak pandai nak ajar anak-anak, emosi jadi cepat marah, dan sudahnya anak-anak fobia nak belajar dengan ibu ayah sendiri.

Dah lebih 3 bulan anak-anak berkurung di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tujuan menyekat penularan wabak covid-19. W...



MENGARAH ATAU MENGAJAK?

Bila dah dapat title ibu bapa ni. Ramai yang start mengeluh. Sebab bila tiba cuti sekolah je. Anak-anak asyik mengadap tv tengok kartun. Atau mengadap gajet. Tengok youtube main game.

Buku? Langsung tak memandang

Time solat. Selagi suara tak naik macam petir tak bergerak-gerak.

MENGARAH ATAU MENGAJAK? Bila dah dapat title ibu bapa ni. Ramai yang start mengeluh. Sebab bila tiba cuti sekolah je. Anak-anak asyik ...



Anak tak lulus ujian
Betul ke ibu bapa benar-benar redha?

Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda
Hasilnya 5 daripada 7 subjek adalah GAGAL

Apa perasaan anda?
PUAS HATI?
KECEWA?
MARAH?
Atau REDHA?

Kita biasa baca sharing daripada ibu bapa lain atau pakar motivasi yang menasihati ibu bapa agar redha dengan segala keputusan peperiksaan anak-anak.
Beri sokongan dan galakan pada mereka.

Betul ke sebagai ibu bapa kita betul-betul redha?

Anak tak lulus ujian Betul ke ibu bapa benar-benar redha? Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda H...



Lagi 2 minggu, seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Bagi perantau macam Una mesti akan balik pulang ke kampung.

Perjalanan sekurang-kurang nya 7 jam dari Johor ke Perak bukan 1 jangka masa yang pendek. Ada anak kecik lagi berdouble-double lama la rasa perjalanan nya. Kalau jem lebih 12 jam perjalanan pun tak mustahil.

Bila anak-anak bosan sebab terlalu lama dalam kereta, mula la diorang hilang sabar dan buat kerenah dengan bergaduh, mengamuk. Bila anak-anak dah start buat kerenah mula la mak boleh bertukar jadi The Hulk. Akhirnya suasana excited nak balik kampung bertukar jadi perang dunia ketiga.

Bila anak teruna dah bosan, mula la memanjat, bergayut.

Lagi 2 minggu, seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Bagi perantau macam Una mesti akan balik pulang ke kampung. Per...

Tips ajar anak puasa penuh

Hari-hari biasa pun liat nak bangun pagi, macam manalah nak kejut anak2 ni bangun sahur bulan puasa nanti?

Ada tak mak2 yang pening kepala fikirkan situasi ni? Macam mana nak ajar anak berpuasa yang tentunya akan meletihkan si manja yang baru melakukannya pertama kali?

Dulu memang Una kerap alami situasi macam ni. Masa baru sorang anak bersekolah. Kejut bangun pagi nak pegi sekolah je mesti berperang. So tak lain tak bukan Una kena la jadi supermom dukung dia masuk bilik air dan mandikan. Dan dukung pulak keluar dari bilik air.

Tapi sekarang sekali panggil je terus sedar.

Apa Una buat?
Nak tau rahsia nya?

Teruskan membaca.

Hari-hari biasa pun liat nak bangun pagi, macam manalah nak kejut anak2 ni bangun sahur bulan puasa nanti? Ada tak mak2 yang pening kep...



~Anak tak lulus ujian
Betul ke ibu bapa benar-benar redha?~

Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda
Hasilnya 5 daripada 7 subjek adalah GAGAL

Apa perasaan anda?
PUAS HATI?
KECEWA?
MARAH?
Atau REDHA?

Kita biasa baca sharing daripada ibu bapa lain atau pakar motivasi yang menasihati ibu bapa agar redha dengan segala keputusan peperiksaan anak-anak.
Beri sokongan dan galakan pada mereka.

Betul ke sebagai ibu bapa kita betul-betul redha?

Apa tindakan kita untuk menunjukkan yang kita sentiasa menyokong mereka?

Cukup dah ke dengan sekadar cakap, "Tak apa nak. Ujian lepas ni buat betul-betul."

~Anak tak lulus ujian Betul ke ibu bapa benar-benar redha?~ Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda ...


Pakar motivasi cakap dengan mengetahui gaya tidur seseorang je dah boleh tau personaliti dia.

3 orang AAQ ni mempunyai gaya tidur yang berbeza.

💖Kakak
Tidur dengan berkubukan bantal
Semua koleksi bantal yang ada nak bawak tidur sekali
Time tidur nak suruh mami temankan
Tapi bantal dia je dah guna separuh ruang

Orang yang macam ni
Dikatakan manja
Tak pandai berdikari

Pakar motivasi cakap dengan mengetahui gaya tidur seseorang je dah boleh tau personaliti dia. 3 orang AAQ ni mempunyai gaya tidur yang...


Perasan tak masa kita kecik
Ayah la insan paling kita gerun.
Sekali dia naik suara kecut perut masing

Tapi Una beruntung la jugak
Abah langsung tak garang
Bukan sebab Una anak bongsu
@ anak kesayangan
Tapi faktor umur barangkali

Dah makin bertambah umur
Makin kurang garang nya
Makin tinggi tahap kesabarannya

Perasan tak masa kita kecik Ayah la insan paling kita gerun. Sekali dia naik suara kecut perut masing Tapi Una beruntung la jugak Ab...


Hari ni Una terfollow keluhan ibu-ibu muda yang takut nak mandikan bayi mereka especially yang baru lahir.
Dah la kecik lagi....lembik pulak tu..
Jenuh nak 'kepung' supaya baby tak terjatuh.
Kalau tengah sabun..
Tangan ibu licin..badan baby licin..
Lagi mencabar..
Ditambah pulak dengan tenaga & kederat ibu selepas bersalin yang tak berapa kuat lagi..

Actually pengalaman saya sendiri...
Sejak dari anak sulong memang saya mandikan anak-anak saya sendiri.
Masa tu suami pun takut2 lagi nak angkat bayi..
So sebagai ibu..no choice..
Memang saya kena buat sendiri la..
Alhamdulillah belom pernah berlaku perkara yang tak diingini.
Mohon dijauhkan..

Hari ni Una terfollow keluhan ibu-ibu muda yang takut nak mandikan bayi mereka especially yang baru lahir. Dah la kecik lagi....lembik p...



Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi.. Biasanya saya sekeluarga ambil peluang time cuti sekolah panjang je la untuk bercuti. Jadi isteri cikgu so kena follow jadual sekolah la.

Untuk hari ni saya nak share beberapa tips bercuti di dalam negara.

Bagi encik suami, bercuti menjadi kemestian sebab masa bercutilah masa kami berdua diluangkan sepenuhnya bersama anak-anak. Dan bercuti juga adalah sebagai reward untuk kami setelah penat bekerja.

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi.. Biasanya saya sekeluarga ambil peluang time cuti sekolah panjang je la untuk bercuti. Jadi isteri...

Bila time kamcing macam belangkas..bila time gaduh macam anjing dan kucing.

Sometimes bila kita share cara kita mendidik anak-anak..
Orang nampak macam senang je kan..
Hakikatnya.. kita je yang tau..

Suami Una memang larang anak sebut 👻..
So beliau ajar anak-anak agar agar tukarkan kepada perkataan raksasa @ han han...

Kadang-kadang anak-anak still terlepas cakap..

"Mami, teman la adik/kakak..adik/kakak takut 👻"

Sebabnya kedua-dua beradik ni, Una & suami ajar tidur bilik sendiri..
Kakak dah lulus dah..

Bila time kamcing macam belangkas..bila time gaduh macam anjing dan kucing. Sometimes bila kita share cara kita mendidik anak-anak.. O...


Anak 3 tahun masih belum bercakap?
Kenali tanda anak lambat bercakap.

Anak yang lambat bercakap ni agak sukar untuk kita fahami apa yang diorang nak. Walaupun naluri ibu uang kuat akan setiap keinginan dan bahasa tubuh anak tapi kadang-kadang pening jugak asyik nak meneka je.. Alhamdulillah anak mami kedua-duanya (setakat ni la) memang peramah.

Anak 3 tahun masih belum bercakap? Kenali tanda anak lambat bercakap. Anak yang lambat bercakap ni agak sukar untuk kita fahami apa ya...

anak tak nak makan

Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan anak-anak. Jesteru, ibu bapa perlu kreatif menarik minat anak untuk makan.

Untuk entri kali ini saya akan membincangkan satu masalah yang boleh dikatakan dihadapi oleh majoriti ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Masalah tersebut adalah bagaimana mahu menghadapi anak-anak yang terlalu memilih untuk makan, lebih dikenali dengan istilah 'picky eater'.

Menurut kajian, hampir 40 peratus kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun cerewet makan. Hal ini kerana mereka hanya makan makanan yang mereka gemari dan tidak makan makanan yang mereka tidak suka. Perkara ini menyebabkan makanan yang diambil tidak seimbang seperti mana yang terdapat dalam piramid makanan.

Masalah cerewet makan sebenarnya normal dalam perkembangan kanak-kanak. Pada waktu ini berlaku tindak balas dalam diri mereka terhadap sesuatu yang baru dan mereka akan lebih berhati-hati serta mudah syak wasangka. Masalah ini tidak berlarutan tetapi akan berubah apabila usia mereka mencapai lapan atau sembilan tahun.

10 Tip hadapi anak cerewet makan


Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan anak-anak. Jesteru, ibu bapa perlu kreatif menarik minat anak untuk makan. Unt...

tips bayi cepat berjalan

Perasan tak korang orang-orang tua dulu selalu mengurut bayi diorang. Sebabnya diorang percaya kalau selalu urut tapak kaki bayi, nanti bayi tu cepat berjalan. Actually tak ada lagi kajian saintifik yang buktikan kepercayaan tu betul atau tak, tapi berkat mengurut ada bayi yang dah boleh berjalan seawal 9 bulan.

Perasan tak korang orang-orang tua dulu selalu mengurut bayi diorang. Sebabnya diorang percaya kalau selalu urut tapak kaki bayi, nanti...

kelebihan mengurut bayi

Sebelum ini saya ada berkongsi manfaat yang diperoleh daripada amalan mengurut bayi.

Bagi yang baru pertama kali memiliki cahaya mata, entri kali ini saya kongsikan panduan urutan bayi yang boleh diamalkan sejak berpantang la.

Panduan untuk memulakan urutan:


1. Pastikan 15 minit sebelum bermula, ibu dan bayi hendaklah berada dalam keadaan tenang dan selesa. Jika perlu, boleh juga mainkan muzik agar dapat membantu memberikan suasana yang tenang.

Sebelum ini saya ada berkongsi manfaat yang diperoleh daripada amalan mengurut bayi . Bagi yang baru pertama kali memiliki cahaya ma...

cara mengatasi anak tidur lewat

Anak-anak sememangnya banyak ragam nya. Lebih unik walaupun ada 10 orang anak kesemuanya mempunyai ragam yang berbeza. Walaupun agak mencabar untuk melayan kerenah si manja, tapi itulah yang membuatkan hidup kita sebagai ibu bapa penuh warna warni.

Actually anak saya pun sama. Selagi belum jam 12 tengah malam, mata masing-masing bulat je lagi. Especially kalo diorang dah tidur sebelah petangnya. Mungkin gara-gara masa preggy saya selalu berjaga sehingga tengah malam kot.
Biasalah kalau dah masuk trimester ke3 gerenti dah tak ada nikmat tidur lagi. Boleh dikatakan selalu jugaklah saya jadi burung hantu. Lepas subuh baru boleh tidur. Tu pun sebab dah betul-betul mengantuk. Akibatnya turun pada anak-anak.

Tapi tahun ni anak saya yang sulong dah mula sekolah. So saya agak tegas.. Paling lewat jam 12 tengah malam mesti masuk bilik tidur. Walaupun tak susah nak kejutkan dia bangun sekolah tapi sebagai ibubapa saya mahukan dia dapat rehat yang cukup supaya boleh serap ilmu di sekolah dengan baik.

So bila saya nampak tips ni, excited la saya menelaah dan share dengan korang dalam entri kali ni.

Semoga 11 tips dapat dijadikan panduan kita bersama.

1. Langkah pertama ialah buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap anak, seperti waktu tidur, makan dan bermain. Setelah biasa dengan rutin ini, tubuh mereka akan mudah beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.

2. Hadkan aktiviti menggunakan fizikal dan mental seperti menonton tv, bermain komputer dan permainan lain yang melibatkan fizikal. Seeloknya elakkan mereka daripada melakukan aktiviti tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikan dengan aktiviti yang lebih tenang seperti membaca.

3. Salah satu cara membuat anak berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat anak membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.

4. Pastikan anak merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya di sampingnya.

5. Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan nipis.

6. Jika anak sudah mengantuk, mama boleh tinggalkan untuk anak belajar tidur sendiri tanpa bergantung kepada kehadiran ibu dan ayah.

Jika cara di atas masih tidak berjaya, cuba.....

7. Ajak anak kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di dalam bilik ibu dan ayah.

8. Selidik perkara yang membuatkan anak tidak mahu tidur di biliknya. Jika dia takut kerana gelap, sediakan lampu malap di biliknya.

9. Jika anak tiba-tiba menangis tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru dapatkannya. Dengan itu dia lebih berdikari.

10. Kalau anak terus menangis memanggil ibu setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum ibu melihat situasinya.

11. Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya.

Selamat berjaya.

"Parenting with love"

Anak-anak sememangnya banyak ragam nya. Lebih unik walaupun ada 10 orang anak kesemuanya mempunyai ragam yang berbeza. Walaupun agak me...

tips membentuk anak yang cemerlang

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam hidup mereka.

Bayi yang baru lahir dan sentiasa diberi perhatian oleh ayahnya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan nanti.

Kajian juga menunjukkan anak yang kurang mendapat belaian dan kasih sayang seorang bapa mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai masalah sosial.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam hidup mereka. Bayi yang baru lahir dan...

Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia.

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang termasuk DHA dan EPA yang amat penting bagi manusia kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, sebab itulah penting bagi kita untuk mendapatkan asid lemak ini daripada sumber makanan atau supplement seperti Omega Guard Shaklee ini.
Sekarang, mari kita lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan Omega Guard ini:

Testimoni Omega Guard Untuk Anak sihat


testimoni omega guard

Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehing...

Ibnu Batoota ~Tips genius~
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?
Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....
Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.
Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...
Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...
Berdebat sana-sini, berhujah
sana-sini, bagi pendapat sana-sini....
Status tiap hari mesti Islamik-islamik....
Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....
Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.
Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.
Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.
PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).
Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).
Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...
Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.
Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.
Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).
Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.
Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Ibnu Batoota ~Tips genius~ Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi haf...