Anak gagal dalam peperiksaan? Baca 3 tips ni

6/13/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments



Anak tak lulus ujian
Betul ke ibu bapa benar-benar redha?

Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda
Hasilnya 5 daripada 7 subjek adalah GAGAL

Apa perasaan anda?
PUAS HATI?
KECEWA?
MARAH?
Atau REDHA?

Kita biasa baca sharing daripada ibu bapa lain atau pakar motivasi yang menasihati ibu bapa agar redha dengan segala keputusan peperiksaan anak-anak.
Beri sokongan dan galakan pada mereka.

Betul ke sebagai ibu bapa kita betul-betul redha?


Apa tindakan kita untuk menunjukkan yang kita sentiasa menyokong mereka?

Cukup dah ke dengan sekadar cakap, "Tak apa nak. Ujian lepas ni buat betul-betul."

Bagi Una di mulut memang kita cakap redha.
Tapi Una sure sangat mesti ada sekelumit rasa kecewa dalam hati korang.
Jangan cakap korang la.
Una dulu pun macam tu.

Masa tu kakak amani baru 4 tahun.
Dahlah 1 @ 2 subjek je yang dapat A.
Kedudukan dalam kelas last pulak tu.
Walaupun masa tu hanya 7 orang pelajar je, tetap mami frust nak oi.

Sebabnya masa tu niat hantar dia sekolah sekadar nak dia pandai bergaul dan berkawan je.
Tak sangka la pulak ada ujian jugak.
Nemang Una langsung tak guide dia.
Yelah hari-hari balik sekolah tanya buat apa
Jawapannya "mewarna"

Hari-hari mewarna je ke?
Nak cek buku
Buku ditinggal di sekolah
So yelah tu kot.

Dan kalau betul kita redha tak ada lah kes sampai ada ibubapa yang dalam diam cek result anak jiran di website kpm.

Rajin pulak dia
Stalk ic anak orang semata-mata nak pastikan result anak dia lagi bagus daripada anak jiran yang sekelas dengan anaknya.

Kalau betul redha kita tak kisah pun dengan result anak orang.

Bagi ibu bapa yang masih ada rasa tak redha tu.
Meh Una nak share beberapa tips dengan korang.

Tips mendidik hati redha dengan tahap pencapaian anak-anak

1. Kenali anak anda

Apa yang Una perasan ibu bapa terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi buat anak-anak.
Sedangkan mereka tak tahu pun sejauh mana pemahaman anak mereka di dalam pelajaran.

Memangla sebagai ibu bapa kita sangat mengenali anak-anak kita.
Ramah.
Bijak berbicara.
Kreatif.

Tapi dari segi pelajaran tak sama.
Biar pun dia bijak berbicara di rumah.
Setiap ayat dan soalan yang keluar dari mulutnya buatkan kita gembira
Kerana di luar kotak

Tapi di sekolah
Disebabkan hobi yang suka berceloteh tu sehinggakan guru mengajar di depan dia bersembang di belakang.
Akhirnya cikgu ajar apa pun dia tak dengar.

Macam mana nak kenal anak-anak?
Teruskan membaca tips yang kedua.

2. Luangkan masa atleast 30 minit bimbing anak dalam pelajaran

Sebagai ibu bapa luangkan lah sekurang nya 30 minit sehari untuk temani anak-anak siapkan home work.
Kalau tak ada homework boleh ajak mereka baca buku sama-sama.
Tak pun belikan buku kerja untuk mereka.
Buat ulangkaji.
30 minit pun jadi la.
Tak perlu lama-lama.

Kalau busy sangat
Atau keletihan sebab seharian bekerja
Boleh ambil peluang hujung minggu.

Tujuan nya untuk mengenali sejauh mana fokus anak anda sewaktu belajar.
Jangan harapkan guru sekolah semata-mata.
Guru hanya ada masa 30 minit je di dalam kelas.
Itu pun nak kena bagi perhatian kepada 20-30 orang pelajar lain lagi.
Bukan anak anda sorang je.

Saya tak pandai nak ajar
Macam mana nak buat?

Baca tips ketiga pulak.

3. Pantau buku kerja mereka

Sekali sekala belek la buku tulis/buku kerja anak anda.
Dari situ pun secara tak langsung kita boleh tau anak kita lemah di mana.

Bila dah kenal pasti kelemahan mereka
Berila bimbingan sewajarnya
Kalau tak pandai mengajar boleh la di hantar ke tuisyen
Tapi ingat !!
Anda tetap kena pantau.

Biasanya saya perhatikan ibu bapa ambil jalan mudah
Bila anak dah pergi kelas tuisyen
Otomatik next test mesti ada peningkatan.

Sehinggakan ramai yang lepas tangan.
Padahal anaknya dah tahun pun belum boleh membaca lagi.
Dah tahun 1 pun tak kenal huruf.
Jadi cikgu tuisyen terpaksa mula ajar dari awal.
Padahal sekarang ni silibus tahun 1 dah mewajibkan pelajar tiada masalah 3M.

Sebagai ibu bapa inilah galakkan dan sokongan yang kita perlu beri.
Biar pun mereka dah ke kelas tuisyen pagi petang siang malam
Tetap anda kena observe mereka

Bila kita kenal mereka
Kita tau di mana kelemahan anak kita
Di mana kehebatan mereka
Jadi sedari awal kita dah boleh jangka bagaimana keputusannya
Jadi bila result keluar insyaAllah kita akan lebih redha.

Ini tidak
Anak kita sendiri
Tapi guru di sekolah yang lebih mengenali.
Bila anak tak mencapai piawai yang kita harapkan
Atau tak sehebat kita semasa sekolah dulu
Mana maunya nak datang redha tu.

Dekati la anak anda.
Mulakan sejak mereka masih kecil
Teruskan walaupun mereka dah boleh berdikari sendiri
InsyaAllah anak ni bakal membanggakan dan membahagiakan anda suatu hari nanti.

Jika perkongsian Una ni dapat memberi manfaat kepada ibu bapa, sebarkan lah supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaat nya.

Love 💖
Una Zack
Ibu anak 3

Anak tak lulus ujian Betul ke ibu bapa benar-benar redha? Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda H...

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete