TIPS REPLY PM PROSPEK DARI ANNOYING JADI LEBIH FUN

6/19/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


Tipu la kalau kata anda seorang online seller tapi tak pernah dapat prospek yang annoying.
Melainkan anda baru setahun jagung berjinak dalam bisnes online.

Dapat customer yang annoying menjadi asam garam online seller. Sampaikan rasa menyampah yak amat nak reply mesej dia.
Tapi bila fikir rezeki, tetap bersabar dan berikan servis yang terbaik buat si dia.

So hari ni Una nak share TIPS REPLY PM PROSPEK DARI ANNOYING JADI LEBIH FUN

Antara tanda-tanda anda bertemu prospek yang annoying adalah;


❌asyik bertanya soalan yang sama walaupun dah diterangkan sejak awal.
(Apa la yang dia expect jawapan dari kita)

Contoh soalan;

Kalau guna produk ni serta merta jadi putih ke?

❌Minta diskaun yang tak dapat diterima dek akal

Apa dia ingat online seller ni badan kebajikan ke?

❌Nak 1 produk yang boleh atasi semua masalah dia

Bila suggest vivix kang, komplain mahal sangat.

❌Nak kita reply mesej dia la la tu jugak. Padahal dia reply mesej kita ambil masa berhari-hari.

❌Hari ni PM. Esok PM lagi. Lusa tanya lagi. Close deal nya tak jugak.

Kalau hat ni nampak je PM dia, gerenti paling last kita bukak. Tu pun bila boring sangat baru nak reply.

So apa nak buat bila 'berjumpa' prospek macam ni?

1. Ambil masa untuk reply mesej dia

Bila dah stat rasa annoying je nak jawab mesej dia. STOP dulu reply mesej tu.

Tipu sunat la sikit. Cakap tengah drive ke? Tengah meeting ke?

Tenang kan hati dulu.
Nanti mood dah ok baru reply.

Jangan reply waktu tengah bersilat dengan anak ke? Tengah gaduh dengan suami/isteri ke?

Kalau belom solat. Solat dulu. Cari ketenangan.

2. Luahkan pada seseorang

Share pada sesorang @ pada group seperjuangan ke
Paling senang screenshot & share peel prospek tu.

Bukan bertujuan nak memalukan dia.
Lagipun no kontek/profile prospek tu kan dah hide.
Tapi nak dapatkan pendapat dari rakan-rakan. Mungkin ada yang sudi bagi jawapan yang terbaik.

Atleast tak la kita termeroyan masa reply PM si dia.

Apa-apa pun jangan mudah melatah bila dapat prospek macam ni.
Kalau pun tak close deal jangan kecewa.
Mungkin si dia bukan customer yang terbaik buat kita.

Muhasabah diri balik.
Mungkin prospek tu adalah pantulan dari diri kita sendiri.
Mungkin tanpa sedar semasa kita shopping online, kita pun ada buat perkara yang sama.

Dan yakin la ianya bukan rezeki kita.
Kalau betul Allah kata rezeki kita, tak perlu reply panjang-panjang terus close deal.

Love 💖
Una Zack @ Husna
Pengedar Shaklee Batu Pahat
Founder Team Sirius Star

Tipu la kalau kata anda seorang online seller tapi tak pernah dapat prospek yang annoying. Melainkan anda baru setahun jagung berjinak d...

1 comment:

  1. Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )

    Dia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.

    Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda

    WhatsApp beliau: +2349046229159
    Emel: dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete