Teknik dan panduan mengurut bayi supaya si manja tidur lebih lena dan membesar dengan sihat

7/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

kelebihan mengurut bayi

Sebelum ini saya ada berkongsi manfaat yang diperoleh daripada amalan mengurut bayi.

Bagi yang baru pertama kali memiliki cahaya mata, entri kali ini saya kongsikan panduan urutan bayi yang boleh diamalkan sejak berpantang la.

Panduan untuk memulakan urutan:


1. Pastikan 15 minit sebelum bermula, ibu dan bayi hendaklah berada dalam keadaan tenang dan selesa. Jika perlu, boleh juga mainkan muzik agar dapat membantu memberikan suasana yang tenang.

2. Pastikan suhu dan keadaan bilik sederhana panas. Alaskan kain yang lembut dan sesuai untuk dibaringkan bayi di atasnya.

3. Sebaiknya bayi tidak berpakaian ketika mengurut dan waktu yang paling sesuai ialah selepas mandi.

4. Gunakan minyak bayi yang lembut untuk mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Sapukan minyak ke atas tangan secukupnya untuk memudahkan urutan. Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan anda sebelum menyentuh bayi.

5. Mulakan dengan urutan yang lembut, perlahan-lahan tambahkan tekanan apabila melihat bayi anda mula selesa dengan urutan yang dilakukan.

6. Lakukan urutan dengan kasih kasih sayang iaitu dengan memandang mata bayi, bersembang-bersembang dan menyanyi-nyanyi dengan nya.

7. Sebaiknya lakukan urutan pada waktu yang sama setiap hari, jadi bayi dah biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.

8. Mulakan dari kepala hingga hujung kaki kemudian beralih ke bahagian belakang bayi pula.

Teknik mengurut seluruh tubuh bayi. Anda boleh mulakan urutan dengan bahagian;

1. Kaki

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. 

Buat latihan dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolakkan sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.



2. Perut

Pijatan I Love U. Gunakan dua atau tiga jari, yang membentuk huruf I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita ia membentuk I-L-U terbalik. Boleh ikuti cara di bawah:

- Urut kiri bayi dari bawah ke atas. (Huruf I)
- Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi, kemudian turun ke bawah. (Huruf L)
- Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi. Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.



3. Tangan

Ulang proses sama seperti mengurut kaki.



4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.


5. Muka

Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dan tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.



6. Belakang badan

Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung  menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.



7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20-30 minit dan bayi akan merasa lebih tenang dan segar apabila diurut.


"Parenting with love"

Sebelum ini saya ada berkongsi manfaat yang diperoleh daripada amalan mengurut bayi . Bagi yang baru pertama kali memiliki cahaya ma...

0 comments: