Tips dan panduan membeli rumah pertama supaya tidak perlu sakit kepala menghadapi kenaikan harga sewa rumah

7/24/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips membeli rumah




"BERKELUARGA DAH LAMA, TAPI MASIH LAGI DUDUK MENYEWA."

Rata-rata daripada kita sure terdetik soalan macam ni dalam hati sampaikan ada yang terdesak nak beli rumah. Walaupun nak mengelakkan diri daripada kenaikan harga sewa rumah..kalau sekarang RM600 sebulan, tup-tup tahun depan tuan rumah nak naikkan RM1,000 sebulan.

Masa ni la ligat kepala dok pikir nak cari rumah sendiri. Buatlah keputusan yang bijak samada nak terus menyewa atau terus membeli. Walau bagaimanapun jangan pulak terdesak sampai  salah beli rumah..harga murah tapi lokasi tidak selamat, jauh daripada kemudahan..

Dalam membuat keputusan, ambil kira jugak kemampuan untuk membeli dan membayar secara ansuran. Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk memiliki rumah yang besar je.
Apa yang untungnya jika membeli rumah ni, wang yang anda bayar setiap bulan akan menjadi milik anda dan menjadi aset untuk jangka masa panjang. Kalau nanti dah mampu untuk miliki mahligai yang lebih mewah dan besar, rumah pertama boleh dijadikan sebagai pasif income dengan menyewakannya.


Kajilah dulu sebelum membeli


Menurut AKPK dalam bukunya "Celik Wang" sebelum beli rumah, buat yang ini dulu;

1. Tinjau lokasi perumahan pada masa berlainan iaitu pada hari biasa dan hari minggu. Lihat suasana kejiranan di situ.

2. Rumah adalah pelaburan jangka masa panjang. Periksa sama ada terdapat ciri-ciri yang boleh merangsang dan bakal meningkatkan nilai rumah pada masa hadapan. Contohnya seperti sekolah, kedai, pengangkutan awam dan kawasan komersial di kawasan berdekatan.

3. Kaji juga situasi projek yang bakal dilakukan di situ. Pastikan ia tidak mengakibatkan perubahan yang bakal membawa kepada ekonomi yang tidak menguntungkan.

4. Selidiki juga samada rumah yang hendak dibeli itu terletak di tanah pegangan bebas atau pajak.

Jika pegangan pajak bermakna anda hanya mempunyai hak ke atas rumah itu untuk suatu jangka masa tertentu sahaja dan biasanya tempoh pajakan adalah 99 tahun. Nilai pasaran pun akan menyusut jika tempoh pajakan hampir tamat tempohnya.

5. Dapatkan juga pandangan perunding hartanah yang boleh membeli nasihat dan panduan mengenai pasaran hartanah.
Kemampuan untuk membayar

Sebelum membeli rumah adalah penting untuk memikirkan keadaan kewangan anda sekarang. Adakah anda mampu membelinya? Bolehkah anda membayarnya secara ansuran?

Teliti sebaiknya jumlah pendapatan, simpanan dan tunai di tangan. Anda mungkin boleh membuat pertimbangan seperti berikut;

1. Simpanlah wang yang cukup untuk membayar 10% daripada harga rumah sebagai pendahuluan. Ini untuk mengelakkan daripada pinjaman yang berlebihan. Pastikan juga anda telah menyediakan wang yang cukup untuk yuran guaman, duti setem dan insurans.

2. Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap atau masih dalam pembinaan? Adakah mahu membeli tanah untuk membina rumah? Berapakah ansuran yang mampu dibayar?

3. Selidik kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan perubahan pada kadar pemberian pinjaman asas (BLR - Based Lending Rates).

Dengan kaedah pinjaman tetap, faedahnya tetap dan anda sedia maklum dengan ansuran bulanannya.

Manakala bagi kadar yang berubah, faedahnya berubah mengikut BLR. Jika kadar tersebut meningkat, kadar faedah dan ansuran turut meningkat. Jika BLR menurun anda akan turut dapat manfaatnya kerana ansuran bulanan akan menurun.

Tetapi ada juga kadar pinjaman yang berubah-ubah tetapi ansuran bulanan adalah tetap. Jika berlaku perubahan pada kadar faedah maka tempoh pembayaran pinjaman yang akan berubah samada berkurang atau bertambah.

4. Bagaimana pula jika anda ingin membuat bayaran balik keseluruhan lebih awal daripada tempoh perjanjian, adakah anda akan dikenakan penalti. Biasanya syarikat kewangan akan mengenakan penalti kerana mereka telah menawarkan pakej yang menarik untuk pinjaman perumahan anda.

Jadi tepuk poket dan dada anda. Ukurlah kewangan diri anda sendiri. Pastikan anda memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman serta berusahalah anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi persoalan di atas supaya di masa hadapan anda boleh merasa beruntung dan selamat memiliki rumah sendiri.

Sumber: Majalah Nur Karangkraf

"BERKELUARGA DAH LAMA, TAPI MASIH LAGI DUDUK MENYEWA." Rata-rata daripada kita sure terdetik soalan macam ni dalam ...

0 comments: