Tips memilih cermin mata hitam supaya nampak gojes di pagi raya

7/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips pilih spek mata ikut kenis muka

Anda penggemar kaca mata hitam? Berkaca mata hitam memang menjadi 'trend' masa kini sampaikan waktu malam pun ada yang pakai cermin mata hitam jugak. Tapi mestilah pilih yang sesuai ikut bentuk muka supaya nampak lebih menarik...kann..lagipun itulah tujuannya korang pakai cermin mata hitam kan.

Alang-alang nak raya ni, sure ramai yang nak gojes kan. So tips di bawah ni mungkin boleh dijadikan panduan untuk beli spek mata hitam nanti.


Bentuk muka bulat



Elakkan memakai cermin mata berbentuk bulat sebab lagi lah akan nampakkan muka anda yang bulat dan berisi. Pilih frame yang mempunyai segi dan pastikan bahagian hujung bingkai dan cermin agak lebar ukurannya. Bagi bingkai yang dekat dengan telinga jangan pilih yang terlalu tebal tapi pilih yang lebih halus. Bagi cermin pula pilih yang jenis flat atau rata.

Bentuk muka cengkung



Memandangkan muka anda kurus dan kuncup, lebih elok jika pakai cermin mata yang agak melengkung dan masuk ke dalam iaitu yang menampakkan seolah-olah cermin mata itu melekap ke muka anda. Contoh yang paling jelas yang boleh dilihat ialah cermin mata yang selalu dipakai oleh penyanyi Amy Search.

Anda yang berwajah cengkung boleh memilih untuk memakai cermin mata jenis kecil namun pemilihan cermin yang agak besar lebih padan dengan bentuk muka jenis ini. Ini dapat menghindari bentuk muka anda dari kelihatan terlalu kurus dan cengkung. Dari segi pemilihan bingkai pulak, anda bebas memilih bingkai jenis halus atau pun tebal.

Muka bersegi


Bagi anda yang memiliki bentuk muka jenis ini, anda harus berhati-hati dalam memilih cermin mata. Anda perlu mengelakkan dari memilih cermin mata yang mempunyai cermin terlalu rata.

Pilihlah yang sedikit melengkung dan agak besar namun begitu pastikan bingkai di bahagian tepinya halus. Satu lagi, anda boleh memilih cermin mata rekaan atau bukaan di bahagian hidung yang agak kecil.

Muka bentuk hati


Setengah orang cakap bentuk bujur sireh. Inilah bentuk muka idaman semua orang. Semua bentuk cermin mata adalah sesuai dengan anda. Anda bebas memilih jenis yang besar, kecil, rata, melengkung, berbingkai halus ataupun besar. Namun begitu, jika ingin kelihatan lebih menyerlah, pemilihan cermin mata yang besar lebih sesuai dan serasi dengan anda.

Bila dah tampil gojes pagi raya nanti jangan lupa selfie dan share gambar anda di sini yer.

Lastly, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Anda penggemar kaca mata hitam? Berkaca mata hitam memang menjadi 'trend' masa kini sampaikan waktu malam pun ada yang pakai ce...

0 comments: