13 manfaat dan kelebihan mengurut bayi seawal dalam berpantang

7/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips bayi cepat berjalan

Perasan tak korang orang-orang tua dulu selalu mengurut bayi diorang. Sebabnya diorang percaya kalau selalu urut tapak kaki bayi, nanti bayi tu cepat berjalan. Actually tak ada lagi kajian saintifik yang buktikan kepercayaan tu betul atau tak, tapi berkat mengurut ada bayi yang dah boleh berjalan seawal 9 bulan.

Pengalaman saya, kedua-dua anak saya boleh berjalan semasa umur 11 bulan. Kaki dan mulut sama-sama naik pulak tu. Nak kata saya rajin urut tu tak la jugak. Saya biasa urut dengan minyak bayi johnsons lepas mandi je.

Kalau berdasarkan perubatan moden, ada macam-macam manfaat urutan ni pada bayi. Bukan je boleh elak kembung perut tapi secara tak langsung dapat eratkan hubungan ibu dan bayi.

Sebaik-baiknya, kalau nak mula mengurut mulakan dari dalam pantang lagi. Kalau ada yang pernah pergi kelas antenatal sure dah diajar cara mengurut bayi.

13 Manfaat Urutan Pada Bayi


1. Membantu pembesaran fizikal bayi.
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan.
3. Membina keyakinan diri.
4. Memperbaiki perjalanan darah.
5. Memperbaiki sistem penghadaman.
6. Membantu memudahkan bayi tidur.
7. Merangsang aliran oksigen dalam badan.
8. Membantu perkembangan fungsi otot.
9. Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
10. Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
11. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
12. Membuatkan bayi terasa tenang dan selesa.
13. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi.

Urutlah bayi anda dengan kasih sayang kerana ia juga mampu menaikkan berat badan bayi dan mengurangkannya daripada menangis tengah malam.

Dapatkan panduan mengurut bayi anda di sini.

Perasan tak korang orang-orang tua dulu selalu mengurut bayi diorang. Sebabnya diorang percaya kalau selalu urut tapak kaki bayi, nanti...

0 comments: