Kepentingan berbengkung untuk kembali kurus selepas bersalin seperti anak dara dengan

7/08/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


tips kurus dengan cepat

Selepas bersalin, setiap ibu ingin kembalikan bentuk badan yang asal ataupun mungkin lebih ramping daripada sebelumnya. Maklum lah bila dah 9 bulan mengandung ni, bawa pulak 1 nyawa dalam perut mahunya tak kembang semua bahagian. Jadi amatlah penting jika berpantang dengan betul sepanjang tempoh 44 hari.


Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan. Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan. Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.


Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas. Berbengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

Jadi untuk memudahkan badan yang kembang menggelebeh kembali solid seperti sedia kala sangat penting memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang. Maknanya tiap-tiap hari kena pakai. So setiap ibu mesti sediakan lebih daripada 1 bengkung sebelum bersalin. Supaya boleh tukar-tukar pakai.

Tak kisahlah nak pakai bengkung moden ke tradisional ke, tujuan berbengkung ni akan membantu pembentukan semula bahagian yang dibengkung especially bahagian perut dan pinggul. Normallah kalo 2,3 hari pakai dah mula rasa miang sana sini..lebih teruk lagi bila time nak terkucil sangat-memang x sempat nak bukak bengkung tu dulu.

Jika anda gunakan bengkung moden yang mempunyai 2 tali make sure masa nak lilit tu penghujung lilit adalah di bahagian bawah, so bila agak2 nak terkucil atau berhajat cuma longgarkan ikatan pada bahagian dan boleh gulung sikit naik ke atas.

Bengkung tali ni sering jadi pilihan ibu-ibu sebab sangat mudah nak pakai. Boleh pakai sendiri je tanpa bantuan orang lain. Ianya panjang dan dapat menutup seluruh kawasan perut dan pinggul jadi tak ada istilah ada bahagian yang ternaik atau terlipat. Biasanya ada dalam free saiz atau pelbagai pilihan saiz S, M, L, XL, XXL dan XXL.

Actually ada banyak brand yang jual tapi pilihan saya adalah daripada Atika Beauty. Pastikan semasa berbengkung, anda memakainya secara kejap. Kalau tak memang susahlah perut tu nak kembali kempis seperti asal.

Ikuti rahsia dan tips bagaimana Puan Salwa berjaya menurunkan 20kg selepas bersalin dalam perkongsian video di bawah.


Hope you enjoy it !!



Selepas bersalin, setiap ibu ingin kembalikan bentuk badan yang asal ataupun mungkin lebih ramping daripada sebelumnya. Maklum lah bila d...

0 comments: