Tempat makan yang BEST di Batu Pahat..Anda wajib cuba Mee Racun ni

7/01/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments




tempat makan best di batu pahat


Biasanya kalau datang ke Batu Pahat, rata-rata pelancong akan cari Nasi Beriani Gam dan Asam Pedas. Nasi Beriani Gam dan Asam Pedas tu ada satu masakan yang korang wajib try iaitu Mee Racun pulak. Resepi ni hasil tangan anak jati Batu Pahat sendiri.


Actually RACUN tu trending je...nak bagi senang ingat je. Langsung tak mabuk even berpinggan-pinggan korang melantak. Walaupun dah dekat 5 tahun saya berhijrah ke Batu Pahat baru tahun lepas saya try. Sebabnya saya tak suka sangat makan mee ni. So apa je yang namanya mee saya tak terliur pun nak rasa.


tempat makan best batu pahat
Ni la rupanya mee racun tu. Tengok je pun dah menyelerakan.

Tapi bila first time rasa terus jatuh cintan la. Rupanya lebih kurang mee bandung tapi rasanya lain sangat. Kalau nak tau kenalah cuba!! yang pasti memang sedap! Digandingkan pula dengan telur goreng hancur, kentang, daging tauhu dan yang lagi best ada gear box. Yang ni untuk kalau order Mee Racun special la. Memang feveret saya. Hirup pulak dengan straw..perghh memang sedap. Satu hidangan penuh satu pinggan besar..memang tersandar kekenyang la. Harganya pulak sangat reasonable. 


tempat makan best batu pahat
Ni senarai harga lama. Sekarang ni extra dalam RM 1- RM2 je. Still berbaloi kalau nak dibandingkan dengan rasanya.

Pada asalnya gerai ini di usahakan di Jalan Sultanah Batu Pahat Johor. Kini setelah 3 generasi berlalu 3 cawangan telah dibuka; satu terletak di Taman Seri Jaya, kedua berdekatan Bomba Batu Pahat dan yang ketiga di Jalan Timah Sari. Tapi yang selalu saya singgah adalah di Taman Seri Jaya berhampiran Square One dan Big Aeon Batu Pahat.

tempat makan best batu pahat
Ni gerai di Taman Seri Jaya



tempat makan best batu pahat
Yang ni pulak gerai di Jalan Timah Sari
Walaupun sekarang dah boleh google je resepi mee racun ni, tapi saya cadangkan korang rasa dulu yang original ni dulu. Pasti tidak mengecewakan.

tempat makan best di batu pahat

Biasanya kalau datang ke Batu Pahat, rata-rata pelancong akan cari Nasi Beriani Gam dan Asam Pedas. Nasi Beriani Gam dan Asam Peda...

2 comments: