Kenali tanda anak lambat bercakap dan cara merangsang pertuturan mereka

11/19/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Anak 3 tahun masih belum bercakap?
Kenali tanda anak lambat bercakap.

Anak yang lambat bercakap ni agak sukar untuk kita fahami apa yang diorang nak. Walaupun naluri ibu uang kuat akan setiap keinginan dan bahasa tubuh anak tapi kadang-kadang pening jugak asyik nak meneka je.. Alhamdulillah anak mami kedua-duanya (setakat ni la) memang peramah.



Kaki dan mulut dapat sekali.. Kaki start melangkah..mulut pun dah start riuh.. Menurun mami diorang kot..aktif dan peramah.. 😁

Mana-mana ibu mesti susah hati kalau anak sendiri masih tak bercakap sedangkan anak-anak rakan dah mula pot pet bercerita.

Adakah ini normal?
Ataupun ia adalah tanda anak mempunyai masalah percakapan?

Bagaimana untuk kenali jika anak mempunyai masalah pertuturan.
Ketahuinya dengan senarai semak ni.

⬛ Anak anda mempunyai hubungan mata yang lemah dan kurangnya perhatian dan tumpuan.

⬛ Dengar perkataan yang mereka tuturkan, adakah ia sukar untuk difahami?

⬛ Bolehkah mereka memahami arah yang mudah?

⬛ Adakah mereka mempunyai masalah dengan kemahiran sosial yang asas.

⬛ Adakah anak anda tidak berminat ketika anda membacakan buku kepada mereka.

⬛ Adakah mereka mengulangi apa yang ada katakan atau berkata perkara yang sama berulang-ulang?

⬛ Adakah mereka mengelakkan perbualan?

⬛ Adakah mereka hanya berminat untuk bercakap atau membaca 1 perkara sahaja?

⬛ Adakah anak anda tidak melibatkan diri dalam berimaginasi ketika di sekolah/tadika?

⬛ Adakah mereka tidak mempunyai rasa humor?

Jika checklist di atas banyak menunjukkan anak anda bermasalah...dapatkan rawatan nasihat daripada pakar kanak-kanak tentang permasalah tersebut. Rawatan awal terhadap masalah pertuturan kanak-kanak dapat mengelakkan anak anda lambat bercakap.

Jadi sebagai ibu bapa merangkap guru pertama anak-anak...anda boleh merangsang perkembangan percakapan si kecil dengan:

✔sentiasa bercakap dengan bayi anda
✔pada usia bayi 6 bulan..gunakan bahasa isyarat berserta percakapan yang menunjukkan bahasa isyarat tersebut.
✔menyanyi bersama lagu-lagu kanak-kanak
✔menggunakan lagi untuk berkomunikasi seperti waktu untuk tidur, mandi, makan dan sebagainya.
✔sentiasa bertindak balas dengan percakapan bayi..walaupun tak faham bahasa bayi..buat2 je bersbamg dengan diorang.
Mesti si kecil akan balas percakapan anda dengan pelbagai bunyi..indahnya saat tu.
✔elakkan anak-anak terlalu lama habiskan masa dengam gajet.

"Children speech development:
18months: 50 words
24 months: 400 words
3 years old: 1500 words 
But most children are not developing accordingly. Why? Because they spend more time with gadgets and tv than speaking and reading with their parents. " 
-Dr Amar Singh

Anak 3 tahun masih belum bercakap? Kenali tanda anak lambat bercakap. Anak yang lambat bercakap ni agak sukar untuk kita fahami apa ya...

0 comments: