Bisnes Goyang Kaki pun Dapat Duit
Bila cakap pasal hobi..antara hobi yang paling cliche di kalangan budak sekolah di zaman 90an (zaman mami la tu);
✔membaca novel
✔memasak
✔bermain badminton
✔bermain bolasepak
✔mengumpul setem
Apa pulak hobi korang?
Sejak kecil lagi saya ada banyak hobi...pernah sekali cikgu tanya hobi saya..saya jawab saya suka memunggah...😄😄
Terkejut cikgu dengar...
bukan punggah sebarang punggah..
Lepas punggah saya akan kemas balik..
La ni turun kat anak pulak..
Kalau dia tengok almari baju dia bersepah..
Dia akan punggah keluar & kemas balik..
Hari2 balik sekolah punggah barang mainan dia dan kemas balik..
Tapi sejak dah dewasa ni...
saya suka menjahit..
Cuma sekarang ni terpaksa stop kejap..
Sebab assistant2 mami ni lagi cekap dari mami..
Jangan tak tau salah 1 cita-cita saya nak jadi pereka fesyen suatu ketika dulu..dah plan baik punya dengan seorang kawan sekolah nak masuk contest 'jarum emas' la apa la..
Nampak nya cita-cita tu terkubur kat situ je..tapi Alhamdulillah salah seorang anak buah mami bakal menerima segulung ijazah dalam diploma rekaan fesyen ada sebagai penyambung cita-cita.
Dalam pada itu...dah banyak kali jugak request kat suami nak masuk kelas menjahit..
Mungkin masa tak mengizinkan..
InsyaAllah suatu masa nanti..
Baru2 ni saya pernah jugak hasilkan shawl 2 muka sendiri..
Senang sangat rupanya..
Modal tak seberapa pun..
Tapi orang jual berdouble-double mahalnya..
InsyaAllah suatu masa nanti saya akan bukak butik sendiri...
Yang speselnya di butik saya tu saya nak jual produk sendiri..
Sekarang ni tengah plan projek nak jahit langsir rumah sendiri.
Kalau beli + tempah jahit mau makan beratus & mungkin beribu je..
Kalau buat sendiri jauh lebih murah..
Ye tak..
InsyaAllah kalau diberi kesempatan...
Di sebalik hobi suka menjahit dapat mendidik seseorang itu menjadi lebih ✔peka...
✔tekun & fokus
✔sabar
✔kreatif
Peka : seseorang pereka fesyen harus peka terhadap fesyen semasa.
Tekun : Untuk hasilkan jahitan yang kemas kita harus fokus dan tekun pada setiap jahitan yang sedang dihasilkan.
Sabar : Bayangkan kalau nak hasilkan jahitan yang penuh dengan sulaman manik, sequin (labuci) pada baju...nak siapkan 1 kuntum bunga pun kena ada kesabaran yang tinggi..kalau tak alamatnya tak sudah2 la sulaman tu.
Kreatif : Nak jadi usahawan kenalah sentiasa kreatif dan berfikir di luar kotak. Kalau tak, sepanjang zaman fesyen sama je la.
Sebenarnya walau apa pun hobi kita...hobi tu sebenarnya mendidik kita menjadi somebody.
Kalau ikutkan banyak lagi hobi mami antaranya buat aktiviti outdoor yang mencabar macam jungle tracking, mount climbing, flying fox dan lain2 lagi...masa bergelar mahasiswi dulu memang rajin la mami join..
Tapi bila dah jadi isteri dan mak orang ni terpaksa hold dulu hobi2 tu...hold punya hold sedar2 dah tua gayut...hahaha.....
0 comments: