Signal atau Tanda Bayi Kenyang Ketika Menyusu Badan
Dalam topik sebelum ni mami ada bincangkan tanggapan yang salah yang mengatakan susu ibu sikit. Now mami nak share panduan macam mana ibu-ibu dapat pastikan yang si comel ibu-sekalian mendapat susu badan yang cukup. Apakah tanda bayi kenyang menyusu badan?
SIGNAL YANG MENUNJUKKAN BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP
SIGNAL 1: OUTPUT
A) air kencing- pastikan ada 5 kali atau lebih pampers basah dan berat. Kencing jernih dan tak pekat
B) najis- awal2 baby akan berak banyak kali...tu normal. Kalau baby tak berak 5 hari pun normal jugak kalau dia fully breast feeding.
Rupa fizikal najis bayi mengikut pemakanan dan masalah kesihatan |
Bentuk fizikal najis bayi mengikut pemakanan dan masalah kesihatan |
SIGNAL 2: SIFAT BABY
Baby tunjukkn tanda-tanda seperti:
-alert dengann pergerakan sekeliling
-perkembangan otot badan yang baik
-kulit yang sihat dan cantik
-kenaikan berat yang konsisten
-badan padat walaupun tak tembam
-badan tembam dan kuat
Okay, now mami nak share punca bayi tak cukup susu badan.
PUNCA BABY TAK CUKUP SUSU
1) penyusuan yang tak kerap
2) penyusuan berjadual, contohnya setiap 3 jam baru susukan dia
3) menghadkan sesi penyusuan- contohnya susukan baby 10min je pastu dah. Sedangkan baby belum lagi kenyang.
4) lekapan semasa penyusuan yg tak betul
Ada sambungan lagi yer dalam topik PUNCA IBU KEKURANGAN SUSU
Health & Beauty Consultant
Nurul Husna
0162222531
Enjoy breastfeeding
0 comments: