Siapakah Pengasas Shaklee Dr. Forrest C. Shaklee

11/12/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.


Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy.  Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Multivitamin yang pertama dan tertua telah dihasilkan oleh Dr. Forrest yang dikenali sebagai Vita-min (Vitalized mineral)

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sebab dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Penubuhan Shaklee Corporation


Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

Sementara tu jemput tonton dokumentari pendek tentang sejarah beliau..


Itulah motivasi saya sebagai pengedar Shaklee yang nak berbakti & berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dengan ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dengan pahala yang tak putus-putus.

Health & Beauty Consultant
Nurul Husna
0162222531

Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa mem...

0 comments: