Tips mudah kejut anak bangun sahur dan melatih puasa penuh

5/17/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Tips ajar anak puasa penuh

Hari-hari biasa pun liat nak bangun pagi, macam manalah nak kejut anak2 ni bangun sahur bulan puasa nanti?

Ada tak mak2 yang pening kepala fikirkan situasi ni? Macam mana nak ajar anak berpuasa yang tentunya akan meletihkan si manja yang baru melakukannya pertama kali?

Dulu memang Una kerap alami situasi macam ni. Masa baru sorang anak bersekolah. Kejut bangun pagi nak pegi sekolah je mesti berperang. So tak lain tak bukan Una kena la jadi supermom dukung dia masuk bilik air dan mandikan. Dan dukung pulak keluar dari bilik air.

Tapi sekarang sekali panggil je terus sedar.

Apa Una buat?
Nak tau rahsia nya?

Teruskan membaca.


1. Ajar anak-anak tidur awal.

Anak-anak ni susah nak bangun pagi sebab mereka letih sebenarnya.

Situasi mereka sekarang bukan macam kita kecik-kecik dulu. Anak-anak kita, pergi sekolah dari pagi sampai ke petang. Ada bermacam-macam aktiviti dan tugasan. Sillabus pun dah makin banyak dan susah Homework lagi.

So langkah pertama Una dan suami setiap malam kena tidur awal. Awal tak awal pukul 11 malam jugak la. Sebab pukul 10 baru balik tuisyen.

2. Amalan sebelum tidur

Suami Una memang pantang anak-anak tidur depan tv. Tak dinafikan yang tidur depan tv memang bad attitude. Dah la anak tidur tanpa baca doa. Tak ada wudhuk. Tak gosok gigi dan tak kencing pulak tu. No wonder la anak-anak boleh terkucil di tempat tidur.

Pengalaman Una setakat ni tak pernah lagi anak terkencing di tempat tidur dari stat diorang potty training sampailah sekarang.

Apa yang Una dan suami amalkan?

Sebelum tidur Una & suami ingatkan anak-anak ambil wudhuk, gosok gigi dan buang air siap-siap.

Selepas tu Una dan suami gilir-gilir ajar anak-anak baca doa sebelum tidur, selawat, dua kalimah syahadah, baca Al fatihah, 3 qul, baca ayat kursi, zikir ya latiff.
(Yang ni wajib. Kadang-kadang ada tambahan surah hafazan lain macam Alam Nasyrah, Al kafirun)

InsyaAllah esoknya anak-anak senang nak urus. Walaupun kadang-kadang buat perangai jugak tapi tetap under control.


So disebabkan masing-masing dah bijak. Cadang nya tahun ni Una nak ajar diorang berpuasa. Alhamdulillah 1st Ramadhan hari ni berjalan dengan lancar.

Kakak berjaya bangun sahur, makan sahur (walaupun dah hujung-hujung waktu imsak). Masuk zohor dah tarik muka. Ngadu lapar. Mami bagi sokongan moral untuk teruskan. Alhamdulillah berjaya puasa penuh. Siap tambah 3x berbuka hari ni.

Abang aisar?
Tak bangun sahur.
Bukan mami tak kejut.
Tapi disebabkan pagi tadi mami dah sedar lewat. Mami tak nak habiskan waktu nak kejut dia berulang kali. Nanti dengan mami tak bersahur. So abang aisar berhaya jugak bersahur. Tapi bersahur pukul 9 pagi.
Berjaya jugak puasa sampai ke petang walaupun dah tercelek makanan.

Katanya "abang tak makan pun. Abang rasa je."

Halal la nak. Baru 1st time puasa. Banyak benda tak tau lagi.

Walau macam mana pun, nak tak nak Una nak jugak latih diorang berpuasa.

So Una google la beberapa tips untuk diamalkan buat anak-anak. Una share kat sini supaya ibu-ibu lain boleh sama-sama praktikkan.

Haa.. meh baca tips ni:

1. Hidangkan makanan yang mereka suka sewaktu bersahur dan berbuka. Wahh kalau diorang nampak makanan kegemaran mereka terhidang di meja, mesti semangat mereka nak penuhkan puasa.

2. Ajak anak sediakan/pilih menu berbuka bersama-sama.
(Hari ni masing-masing request nak makan nasik dengan ayam)

3. Bulan puasa ni insyaAllah dapat balik rumah lebih awal dari biasa. Isikan masa bersama anak agar mereka tak terasa lama menunggu waktu berbuka.

4. Beri reward kalau anak berjaya puasa penuh. Mesti dia rasa seronok dan semangat nak terus berpuasa lagi pada keesokan hari.
(Kakak dah request nak kaler besar. Sebab kaler dia dah kontot. Abang pulak request nak buku mewarna. Kita wait & see apa penamat nya)

4. Pastikan anak-anak mendapat zat yang cukup untuk kekal bertenaga. Berikan Set Ramadhan untuk Si Manja yang terdiri daripada:


Meal Shakes - susu berperisa french vanilla yang bantu membekalkan protein, vitamin dan mineral bagi memastikan si manja dapat menahan lapar lebih lama dan bertenaga di siang hari

(Feveret kakak ni. Dari sebelum puasa dah tanya, "mami dah beli ke belom mealshakes kakak"

Mami dah beli 2 canister pun. Khas untuk kakak sepanjang bulan puasa ni.

Performance Drink - minuman isotonik berperisa oren tanpa gas mahupun pewarna dan pemanis tiruan yang membantu menyeimbangkan elektrolit dalam badan dan seterusnya mengelakkan si manja dari terdehidrasi semasa berpuasa

Vitalea for Children (VFC) - VFC    adalah sejenis multivitamin dan multimineral berperisa anggur yang bantu memberikan zat yang badan anak2 kita perlukan. Pengambilan makanan yang kurang semasa berpuasa menjadikan VFC ini satu suplemen wajib bagi mengekalkan kesihatan anak2 kita.

So, cubalah amalkan tips2 ni pada anak2 semasa bulan puasa nanti ya. Sementara itu, bolehlah dapatkan set Ramadhan untuk si manja sebagai persediaan.

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk di atas boleh menghubungi↩
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531

Hari-hari biasa pun liat nak bangun pagi, macam manalah nak kejut anak2 ni bangun sahur bulan puasa nanti? Ada tak mak2 yang pening kep...

0 comments: