Cara mengawal dan mengelakkan migrain tanpa painkiller

5/27/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Sejak akhir-akhir ni Una kerap sangat alami sakit kepala.
Risau jugak kalau-kalau menghidap high blood pressure (tekanan darah tinggi) sebab arwah mak memang ada history penyakit darah tinggi.

Dan suatu ketika dulu semasa zaman bujang Una pernah jugak kena sakit kepala.
Sakit yang amat-amat sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding.

Bayangkan pergi klinik.
Semalaman langsung tak boleh tidur.
Nak bangun pun tak larat.
Nak makan apatah lagi
Memang langsung tak lalu

Bayangkan betapa sakitnya
Sampaikan sementara nak tunggu giliran check up di klinik rasa macam nak marah tu
Sebab lama sangat menunggu
Dah la dah lama sangat menahan sakit

Jumpa doktor je

Doktor terus detect tekanan darah naik
Sampaikan abang Una yang tolong bawakan pergi klinik tanya
"Hang stress ke?"

Tapi apa yang Una tahu bila sakit kepala memang otomatik tekanan darah naik.
Dekat seminggu jugak Una MC kerja sebab memang langsung tak boleh bangun.

Sejak tu tak pernah lagi alami sakit macam tu.

Tapi bila dah cecah umur 30an ni
Kerap pulak kena sakit kepala
Tapi alhamdulillah tekanan darah normal

Nak kata sakit kepala sebab stress
Macam tak stress pun
Sebab dok rumah je
Urus anak-anak

Tapi bila dah stat sakit kepala tu.
Otomatik jadi stress bila anak-anak bising dan terjerit-jerit

Akhirnya baru Una perasan
Rupa-rupanya Una ni jenis yang memang langsung tak boleh terganggu masa tidur
Samada terlebih atau terkurang masa tidur
Memang akan rasa sakit sebelah kepala
Sakit yang amat kat soket mata tu

Bila-bila sembang-sembang dengan kawan-kawan yang ada masalah migrain
Baru la tau yang selama ni Una alami migrain
Sebab semua simptom nya Una rasa

Apa simptom migrain ni?



1. Aura
2. Sakit berdenyut di sebelah kepala
3. Kerap menguap atau sendawa
4. Kerap kencing
5. Sensitif pada cahaya, bau dan bunyi
6. Sakit bahagian leher
7. Muntah dan loya
8. Sakit belakang mata

dan banyak lagi.

Punca-punca migrain

1. Genetik
2. Perubahan hormon (contoh semasa datang bulan)
3. Stress
4. Kurang tidur
5. Merokok
6. Bau kuat
7. Mabuk laut
8. Pemakanan yang tak terjaga (makan tak tentu masa @ kurang seimbang)

Cara untuk mengawal dan mengelakkan serangan migrain

1. Kenal pasti punca yang menyebabkan anda migrain

Macam Una sendiri, punca Una migrain adalah kurang tidur atau jadual tidur terganggu.

2. Cuba elakkan/jauhi punca migrain

Untuk elakkan serangan migrain tu, Una akan pastikan setiap hari Una dapat tidur dan rehat yang cukup. Walaupun orang cakap jadi surirumah ni mana ada masa rehat. Orang lain dah tidur pun mak-mak belum tidur. Orang lain masih tidur mak-mak dah bangun.

Syukur sangat bila dapat suami yang memahami. Bila Una terlalu busy dan penat di siang hari, encik suami tolong tengok kan anak-anak dan beri peluang Una untuk berehat.

Yelah..kalau sekali kena migrain, 1 kerja rumah pun tak boleh nak buat. Asyik terbaring tidur je la.

3. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti jaga pemakanan

Tanpa kita sedari sebenarnya ada sesetengah makanan yang menjadi punca kepada serangan migrain seperti contoh yang paling biasa ialah MSG.

Sebab itu la sebaiknya kurangkan makan di luar. Ini kerana masakan di kedai rata-ratanya mengandungi MSG yang tinggi. Tu yang semua sedap je tu.

Lagi 1 perbanyakkan juga mengambil sayuran dan buahan. Ini kerana kedua-duanya merupakan pelawas yang bantu menyingkirkan toksin dari tubuh.

Sembelit bukan je boleh menyebabkan migrain bahkan jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada kanser usus.

4. Bersenam

Bersenam juga dapat bantu meringankan stress dan secara tidak langsung dapat keluarkan toksin dari badan melalui peluh. Ini kerana toksin juga menjadi punca serangan migrain yang berulang.

Jangan dibiar.
Migrain ni boleh menyebabkan strok.

5. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

Bagi mereka yang kerap alami migrain akibat stress dengan tugasan kerja.
Apa kata dapatkan cuti.
Pergi bercuti.
Dapatkan rehat. Ambil masa untuk tenangkan fikiran daripada bebanan kerja.

Kalau tak ada bajet.
Boleh je bercuti di rumah je. Atau pulang ke kampung ziarah ibu bapa.
Tinggalkan hiruk pikuk bandar tu sekejap.

Tak pun paling simple.
Sebelum tidur pastikan ruang tidur anda cukup selesa.
Boleh ambil inisiatif tukar cadar, sarung bantal dan bantal baru yang lebih selesa.

Pastikan suasanan tempat tidur benar-benar selesa supaya anda dapat tidur yang lena.
Baru la bangun pagi esok dengn mood yang lebih ceria.

6. Amalkan suplemen shaklee

Sejak Una tahu Una mengidap migrain Una akan pastikan stok vitamin ni sentiasa ada di rumah; iaitu omega guard, ostematrix dan b complex.


Apa fungsi ketiga-tiga ini?

Omega guard

Antara produk feveret anak bujang Una. Omega guard dengan omega 3 mengandungi DHA yang membantu menghubungkan sel-sel otak anak-anak. Anak-anak bukan je lebih bijak bahkan lebih fokus semasa belajar.

Untuk mereka yang menghidap migrain omega guard membantu melancarkan perjalanan darah ke otak. Pengaliran darah yang lancar dapat bantu mengelakkan migrain.

B complex 

Kandungan riboflavin dalam vitamin b complex ni dapat mengurangkan sakit kepala.
Vitamin b juga sangat bagus untuk melegakan stress

Ostematrix

Sejak kenal dengan ostematrix ni sehingga sekarang Una konsisten amalkan ostematrix. Ianya bukan sahaja bagus untuk atasi masalah lenguh dan sakit sendi. Bahkan bagus untuk migrain.

Kandungan magnesium dalam istematrix ni daoat mengelakkan ketegangan pada urat saraf especially bahagian leher.
Bila urat saraf dalam keadaan selesa (tidak tegang) anda dapat menikmati tidur yang lena.

INGAT !!

Jangan dibiarkan migrain ni sebabnya sekali anda kena, sampai ke tua la akan alami migrain.

Jadi sangat penting untuk kita tahu cara mengawal dan mengelakkan serangan migrain ni.

Untuk mendapatkan suplemen shaklee ini, anda boleh menghubungi Una terus,

Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan FREE konsultasi sebelum dan selepas!

Sejak akhir-akhir ni Una kerap sangat alami sakit kepala. Risau jugak kalau-kalau menghidap high blood pressure (tekanan darah tinggi) ...

0 comments: