Langkah-langkah untuk cepatkan bukaan jalan bersalin supaya tidak lama di labor room

5/28/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Dalam entri Una sebelum ni ada Una ceritakan pengalaman Una bersalin anak ketiga. Bagi yang perasan Una ada share CARA NAK CEPATKAN BUKA JALAN BERSALIN secara tidak langsung.

So seperti yang Una janjikan dalam artikel ni Una akan share langkah demi langkah untuk mempercepatkan bukaan supaya anda tak perlu tahan sakit di labor room dalam tempoh yang lama.

Sebelum itu Una nak ingatkan sharing ini bukan untuk cepatkan proses bersalin je. Bukan untuk cepatkan tarikh bersalin tau. Sebab nya cepat or lambat tu tertulis di luh mahfuz. Jangan nanti ada yang komplain dah buat macam-macam tapi dah duedate tetap tak ada tanda-tanda nak bersalin.

Jangan kata korang.
Una pun alami jugak.
Tapi alhamdulillah berkat amalkan langkah-langkah ni sekejap je menahan sakit di labor room.

Fasa Awal kehamilan

Pada fasa awal kehamilan elakkan buat kerja berat.
Dapatkan rehat yang cukup untuk memastikan rahim anda cukup kuat untuk menampung kandungan sehingga 9 bulan.
Jangan culas untuk amalkan asid folik.
Ianya bukan je bagus untuk tumbesaran baby bahkan menguatkan dinding rahim dan mengurangkan risiko keguguran.

Fasa trimester ke3 (7-9 bulan)

Biasanya pada tempoh ini, kandungan telah pun masuk ke ruang pelvis sebagai persediaan untuk kelahiran.
Walaupun kaki dan badan dah tak larat nak menampung kandungan, anda digalakkan untuk kerap berjalan bagi memudahkan bukaan pintu rahim.

Kata orang air mani suami pun sangat bagus sebagai pelincir untuk melancarkan bukaan pintu rahim.
Jadi kerap bersama suami pun antara salah satu cara mempercepatkan bukaan laluan.

Turun tanda darah

Bagi mereka yang mula menunjukkan tanda untuk bersalin seperti ada tompokan darah. Bukan tumpahan darah yer. Kalau tumpahan darah segeralah pergi ke hospital. Bagi sesetengah orang walaupun ada tompokan darah, contraction tetap tak alami. Selepas seminggu baru rasa contraction.

Bila je dah stat ada tompokan darah, kerapkan bersalin. Kalau dah tiba waktu untuk bersalin, semakin kerap anda berjalan semakin kuat rasa contraction. Masa ni cepat-cepatlah pergi hospital. Mungkin bukaan dah makin besar.

Situasi di labor room

Masa ni keadaan dah benar-benar tegang. Anda dah ready untuk bersalin bila-bila masa sahaja. Namun begitu ada je ibu-ibu yang berada di labor room lebih 10 jam kerana bukaan jalan tak bertambah. Tapi sakit contraction makin kuat.

So apa nak buat?
Setiap kali rasa sakit contraction, tarik nafas panjang-panjang dan teran sekuat-kuatnya. Teran macam nak berak.
Buat je walaupun tak ada bidan atau doktor di sisi.

Biasanya bila diorang dengar anda dah stat meneran diorang akan segera datang untuk cek bukaan dan cek keadaan baby.

Walaupun sakit, tetap fokus untuk teran. Kaedah ni sangat membantu membuka laluan dengan cepat. Percaya la. Syaratnya anda tiada sebarang komplikasi. Anda tidak berisiko untuk bersalin normal.

Bila bukaan dah cukup besar 9-10 cm, bidan dan doktor akan ready dengan segala peralatan untuk bantu anda push baby. Sakit tu memang sakit. Jangan fokus kepada sakit tu. Fokus untuk tengok muka baby. Once baby dah keluar dah hilang semua sakit. Dan digantikan dengan kegembiraan.

Alhamdulillah.

Love 💖
Una Zack
Ibu kepada 3 orang cahaya mata

Dalam entri Una sebelum ni ada Una ceritakan pengalaman Una bersalin anak ketiga. Bagi yang perasan Una ada share CARA NAK CEPATKAN BUKA JAL...

0 comments: