Nak bawa bekal ke akhirat nanti? Amalkan tips ni mulai hari ni !
Lebih kurang 10 tahun laluUna pernah bekerja di salah sebuah Urusetia Yapeim sebagai penceramah.
Boleh dikatakan setiap minggu kena outstation.
Tapi bukan pasal tu yang Una nak share ni.
Dalam ceramah
Kami dipertanggungjawab kan untuk memberi penekanan mengenai kelebihan beramal jariah @ bersedekah.
Yang mana bersedekah merupakah salah 1 amalan yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti.
Selain itu ada 2 lagi bekalan untuk harta untuk kita bawa
Iaitu;
✔ilmu yang dimanfaatkan dan,
✔doa anak yang soleh
Rata-rata rakan fb Una masing-masing dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak
Apa kata mulai hari ni
Kita didik anak-anak kita untuk sentiasa basahkan bibir mereka dengan doa ni.
Tak perlu tunggu baca lepas solat pun tak apa.
Jadikan ianya sebagai zikir harian.
"Allahumagh firli zunubi wali walidaiya warham huma kama rabbaya shoghira."
Maksudnya;
YaAllah ampuni la bagiku segala dosa dan juga doa kedua ibu bapa ku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka menyayangi ku sedari ku masih kecil.
Sambil ajar anak-anak, korang pun turut mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa korang.
Amin..
0 comments: