Cara nak cepat buka laluan dan mudah bersalin tanpa digunting

5/26/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Sebenarnya dah lama Una nak share cara nak cepat buka jalan bersalin. Dari selepas habis bersalin anak ketiga November tahun lepas sampai dah nak masuk 6 bulan dah baru ada kesempatan nak menulis.

Tu pun sebab baru-baru tonton video Jihan Muse share pengalaman beliau yang berhasrat nak bersalin normal tapi tak kesampaian sebab dah 12 jam dalam labor room bukaan jalan masih 3 cm.

Atas sebab itu la nekad nak tulis jugak. Nak share jugak dengan ibu-ibu dan bakal ibu supaya dapat sama-sama praktikkan.


Sebelum tu Una nak cerita sikit la rentetan kehamilan Una. Ini adalah kehamilan Una yang ketiga setelah 4 tahun tak hamil. Jauh jugak kan jaraknya. Memang Una dan suami plan nak jarakkan sikit. Supaya abang dan kakak boleh berdikari sendiri dulu baru plan nak tambah baby.

Maklumlah Una kan Work at Home Mother. So bila jaga anak sendiri ni, sebelum nak berbaby lagi mestilah mengharapkan abang dan kakak boleh sama-sama bantu jaga adik dan buat kerja rumah. Atleast lepas untuk diri diorang pun jadilah.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni, Una tak ada sebarang komplikasi. Yang sebelum ni tak sebarang masalah jugak. Tapi untuk kehamilan kali ni Una langsung tak makan iron tablet dan asid folik. Una ambil set hamil shaklee sepenuhnya. Atleast bila ada pengalaman sendiri boleh juga rasa perbezaan hamil dengan dan tanpa set kehamilan shaklee.

Dari sebelum hamil dan sehinggalah habis berpantang Una konsisten ambil Ostematrix, B complex, Vitalea dan Vita C.
[Boleh klik artikel ni ⏩⏩https://bit.ly/2rnHfdE untuk lebih lanjut]

Kehamilan yang ke-36 minggu

Nak dijadikan cerita semasa 36 minggu. Una mula rasa macam contraction. Tapi still boleh layan. Una pun rekod la kekerapan contraction.(Una guna apps yang di install di play store)
Hmm...contraction macam tak seragam. Braxton Hicks kot.

Tapi pada masa yang sama risau jugak. Sebab Una ni jenis tahan sakit. Masa nak bersalin anak kedua pun still boleh layan sakit walaupun bukaan dah 7 cm.

Bekejar kami sekeluarga ke hospital.
Sampai kat hospital.
Dan-dan la contraction tu stop.

Tapi disebabkan dah tengah malam
Doktor terpaksa warded dulu.
Untuk pemantauan
Walaupun masa tu jenuh jugak pujuk doktor untuk bagi balik
Tapi doktor ugut pulak
"Kalau jadi apa-apa nanti atas risiko sendiri yer."

Tidur la semalaman di ward.
Dah la perut dah besar
Memang tak boleh tidur la
Sebab bantal sebiji je
Tak ada bantal lebih untuk ampu perut.

Esok nya doktor bagi discaj
Memang balik tu qada tidur la.

Masa ni tak keluar sebarang tanda lagi. So sempatlah teman anak bujang berkonvo.


Lepas daripada tu langsung tak ada sebarang tanda nak bersalin
Sampai la dah terlebih due 2 hari.

Tiba hari appointment dengan KKIA
Nak dijadikan cerita bacaan blood pressure naik
Nurse suruh refer ke doktor
Doktor cek naik lagi
Terus doktor minta refer hospital
Padahal sebarang tanda kena high blood pressure.

Sampai di labor room
Segalanya normal.

Tapi disebabkan dah overdue
Doktor tak bagi balik la

Walau macam mana pun semalaman jugak la nurse still ambil bacaan tekanan darah.
Memang tak ada masalah.

Disebabkan Una langsung tak ada history high blood pressure pakar hospital assume mesin di KKIA rosak.

"Walau macam mana pun saya tak kan bagi puan discaj. Sebab dah overdue. Puan balik dengan baby je la nanti. Tapi sebelum tu kita akan cek jalan dulu. Kalau tak bukak lagi mungkin esok pagi akan induce."

Dengar induce memang cuak gile la.

Lepas je pakar setel round wad.
Macam biasa simptom ibu hamil.
Kuat buang air.

Una ke toilet
Tengok-tengok dah ada blood spot.

Keluar je dari toilet
Doktor panggil untuk cek bukaan
Tengok-tengok dah 3 cm.
Padahal contraction pun tak ada.

"Puan banyakkan berjalan. Kalau tak bukak lagi. Petang nanti saya cuba bukakan laluan. Kalau tak esok kena induce la."

Kata doktor.

Bila dah kena 'seluk' tu...sure la darah akan keluar.
Pergi sekali lagi ke toilet.
Ambik kau..seketul darah keluar. Macam daging tu.

Sementara tunggu waktu melawat
Una dan beberapa ibu lain tawaf la wad
Bak bagi jalan cepat bukak
Masa tu setiap kali jalan dah rasa contraction
Bila duduk contraction pun tak rasa.

Tiba waktu melawat tengahari
Layan anak-anak di wad.

Petang tu sekali lagi anak dan suami datang melawat
Masa tu dah tak tahan dah contraction nya.
Dah tak larat dah nak layan anak-anak.
Tapi sebelum tu doktor cek lagi sekali bukaan masih 3 cm.

Tiba waktu maghrib
Solat maghrib pun dah tak kusyuk
Lepas solat
Terus bagitau nurse contraction makin kuat
Sekali nurse cek dah 7cm.

Memang kena masuk labor room la.
Padahal kalau ikutkan boleh tahan lagi.
Boleh gelak-gelak dan senyum.

"Awak jangan gelak. Buat muka sedih. Nanti kat labor room diorang cakap awak main-main pulak."

Kata salah seorang nurse yang nak tolong bawakkan ke labor room.

Tak sempat sembang panjang dengan suami nak bagitau dah kena masuk labor room..
Kelam kabut ambil apa yang patut.
Terus baring atas stretcher untuk ke labor room.

Sampai di labor room
Still boleh tahan sakit lagi.
Sejam pertama doktor cek ecg baby.
Makin lama contraction makin kuat.
Masa tu jam pukul 10 malam
Macam dah sunyi dah labor room
Cuma tinggal Una dan sorang lagi ibu

Dari jam 10-11 malam
Bukaan masih 7-8 cm
Tapi sakit makin kuat
Sampaikan doktor bagi gas Entonox (gas pelali) untuk kurangkan rasa sakit.
Tapi Una tak ambil pun
Sebab dah habis tenaga manahan sakit
Jadi masa tu rasa macam nak pegang apa pun tak larat dah.
Nak fokus keluarkan baby je.

Sambil tu dengar doktor pelatih ajar ibu di sebelah
"Bila awak rasa nak teran tu awak teran je."

Una pun apa lagi..
Terus teran sekuat nya.
Dengar je Una teran panjang nurse terus datang
Dia cek bukaan dah bertambah 8cm.
Daripada sebelum tu maintain 7cm je.
Tak lama lepas tu tengok diorang dah ready semua peralatan yang delivery.

Dengan hanya 3x teran tepat jam 12.35 tengah malam baby pun dah selamat keluar.
Lepas bersihkan hidung dan mulut dari darah.
Nurse letak baby atas badan Una
Masa tu la skin to skin Una dengan baby.

Ya Allah lega nya
Hilang semua sakit.

Dapat tengok muka si kecil ni terus hilang semua sakit.

Nurse ambil baby untuk dibersihkan
Sementara luka episiotomi dijahit.
Katanya terkoyak sikit.

Lebih kurang 2 jam skin to skin
Mata ni dah tak larat nak bukak
Yelah time tu dah pukul 2 pagi.
Una minta nurse ambil kejap baby
Untuk lelap kejap

Tapi tak lena tidur
Bila asyik dengar anak menjerit
Mana-mana mak pun tak kan lena tidur

Sambil nurse isi form kelahiran

"Nurse, anak saya ke yang nangis tu?"

"Yer..anak awak sorang je kat sini. Baby sorang lagi masuk NICU."

"Meh la sini saya peluk."

Bila nurse letak je baby atas badan Una terus senyap.

"Anak ibu ni" kata salah seorang nurse di situ.

Sampai ke sekarang dah 6 bulan ni.
Kalau duduk dekat mami terus diam

Lebih kurang jam 4 pagi barula Una dihantar ke wad.
Dan masa tu la baru suami dapat azan kan baby.
Kakak dan abang tak dapat jumpa baby lagi sebab di luar waktu melawat.

Bila Una bagitau 4 jam di labor room
Semua kenalan cakap cepatnya
Mudah nya bersalin.

Pejam celik pejam celik dah 6 bulan pun.


Tak tau nak cakap cepat or tak
Tapi Alhamdulillah sangat senang
Walaupun dengan jarak 4 tahun dengan abang nya
Banyak jugak la kaedah yang dah lupa

So daripada kisah ni, apa sebenarnya yang Una amalkan untuk cepatkan bukaan laluan?

InsyaAllah Una akan share di BAHAGIAN 2.

Sebenarnya dah lama Una nak share cara nak cepat buka jalan bersalin. Dari selepas habis bersalin anak ketiga November tahun lepas sampai da...

0 comments: