DENGAR LAGU JE PUN BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN !!

5/18/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Perasan tak kalau kita lepak makan-makan di sesetengah hotel, restoran & cafè..kita akan dihiburkan dengan alunan lagu.
Especially lagu yang sentimental la.

Tak pernah lagi la dipasang dengan lagu rock & black metal.
Boleh tercekik dibuatnya nanti.

So apa kaitan nya dengar lagu dengan turunkan berat badan ni?


Ini kerana bila kita dengan lagu sentimental
Dengan background music yang slow motion dan mendayu-dayu
Kita pun akan terikut makan dengan perlahan-lahan.

Bila makan dengan perlahan-lahan
Kebarangkalian untuk kita kunyah makanan tu sehingga lumat adalah tinggi
Bila makanan dikunyah sehingga halus
Ia akan mudah dihadam dan dicerna oleh usus
Oleh sebab itu la kita akan lebih cepat kenyang

Dan kalau perasan makanan di hotel dan restoran mewah pun dihidang dalam portion yang kecil.
Tu pun dah rasa kenyang



(Kenyang sebab makan secara perlahan-lahan or kenyang sebab harga tu...😂😂)

Dan sempena bulan puasa ni
Siapa yang berimpian nak turunkan berat badan
Boleh la waktu berbuka tu pasang background music intrument yang mendayu-dayu
Tapi jangan lama sangat
Nanti terlalu lama habis masa untuk kunyah makanan
Nak kurus punya pasal
Sedar-sedar waktu maghrib pun nak habis

Yang terbaik nya
Masuk je waktu berbuka
Minum air dan makan kurma
Solat maghrib dulu
Baru la sambung makan balik

Bila kita makan sikit
Dan tak terlalu kenyang
Nak solat terawikh nanti pun mudah
Tak la macam ular sawa terlebih kenyang
Bila kenyang mata pun ngantok
Hilang pulak kekusyukan nak solat sunat terawikh.

Sama-samalah kita beramal.

Love 💖
Una Zack

Perasan tak kalau kita lepak makan-makan di sesetengah hotel, restoran & cafè..kita akan dihiburkan dengan alunan lagu. Especially l...

0 comments: