4 Tips merancang percutian keluarga agar lebih lancar

9/20/2017 nurul husna 0 Comments



Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi.. Biasanya saya sekeluarga ambil peluang time cuti sekolah panjang je la untuk bercuti. Jadi isteri cikgu so kena follow jadual sekolah la.

Untuk hari ni saya nak share beberapa tips bercuti di dalam negara.

Bagi encik suami, bercuti menjadi kemestian sebab masa bercutilah masa kami berdua diluangkan sepenuhnya bersama anak-anak. Dan bercuti juga adalah sebagai reward untuk kami setelah penat bekerja.


1. Rancang Percutian Anda

Apa sahaja memerlukan perancangan termasuk lah untuk pergi bercuti, sebagai contoh, bilakah tarikh yang sesuai untuk bercuti, tempoh percutian, di mana anda akan menginap dan sebagainya.

Untuk mengurangkan kos kita biasanya akan survey dahulu tempat- tempat percutian tersebut sama ada  sesuai dengan kos kita. Apabila sudah jumpa tempat yang diminati kita akan terus  booking untuk mengelakkan  tempat percutian telah penuh terutama musim cuti sekolah.

Lagi pula sebagai pengusaha pusat tuisyen yang beroperasi sepanjang tahun sekurang-kurang nya dalam masa sebulan kami perlu buat keputusan. Ini kerana kami perlu memberikan notis kepada ibu bapa terlebih dahulu bagi memaklumkan penangguhan kelas.

Dah tangguh kelas tu kenalah ganti pulak. So kena terus plan bila nak buat kelas ganti tu. Itu baru je percutian dalam negara kalau ke luar negara mesti lagi banyak perancangan. Tak boleh gamble2 je. Kalau zaman bujang boleh lah gamble je sebab lagi adventure.

2. Pengiraan Bajet



Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara hidup di tempat tersebut.

Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;
✔kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
✔kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya baju sejuk tebal-tebal kalau nak ke luar negara pada musim sejuk yang bersalji)
✔kos makan-minum, jajan, aiskrim..
✔kos tempat penginapan
✔kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
✔harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
✔kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
✔kos insuran perjalanan (jika perlu)
✔wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
✔lain (contohnya tips untuk agen pelancongan)

Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat pengiraan.

3. Menabung lebih awal



OK, part yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti.

Memang ada agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti.

Ada banyak cara untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampu tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.

Ada pelbagai cara untuk menabung...sediakan tabung khas untuk percutian. Setiap bulan asingkan 10% daripada gaji bulanan anda dan masukkan ke dalam tabung percutian anda.

Tahan sikit nafsu nak bershopping. Fokus betul2 pada percutian idaman anda. Kalau gaji tiap2 bulan cukup2 makan je...cuba lakukan bisnes @ kerja part time. Pendapatan daripada bisnes sambilan anda asingkan siap2 kepada tabung percutian anda.

Berdisiplin !!!! Walaupun sikit masukkan jugak dan jangan sesekali korek tabung tu yer.

4. Buat Tempahan Awal Untuk Penginapan/Pengangkutan


Ini antara bahagian yang paling penting dalam merancang percutian. Buat tempahan awal untuk mengelak dari kehabisan bilik dan terpaksa memilih hotel yang lebih mahal atau hotel yang memang tak ramai pelancong nak duduk oleh pelbagai sebab.

Secara peribadi, saya selalu membuat tempahan melalui internet, sama ada terus ke website hotel atau portal yang menyediakan tempahan hotel online seperti agoda.com, booking.com, etc.

Selain dari harga bilik yang lebih rendah, mereka juga memberi mata ganjaran boleh ditebus untuk tempahan seterusnya.

Tempahan awal juga perlu untuk pengangkutan. Sebagai contoh, jika menaiki kapal terbang, kita akan mendapat harga tiket lebih murah bila membuat pembelian awal.

Tetapi ingat, kos akan bertambah apabila terpaksa membeli tiket penerbangan lain jika tarikh percutian ditukar atas sebab yang tak dapat dielak kan.

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi.. Biasanya saya sekeluarga ambil peluang time cuti sekolah panjang je la untuk bercuti. Jadi isteri...

0 comments: