6 Tips mudah buat ibu bekerjaya yang mengepam secara eksklusif
Sebagai housewife sepenuh masa Una memang kagum dengan ibu-ibu bekerjaya tapi masih konsisten mengepam susu badan secara eksklusif buat si comel mereka sehingga 2 tahun.
Bukan senang nak jad eksklusif pumping mom ni.
Kena pandai urus masa bekerja dengan betul untuk buat stok ebm setiap hari.
Kalau jadi housewife, bila je si comel nak minum terus boleh bagi secara direct.
Tak perlu nak plan cara nak uruskan stok ebm..
Lagipun tak ada majikan yang nak komplen kononnya kita curi tulang.
Lagi pula bukan semua majikan dan rakan sekerja faham dengan tanggungjawab dan manfaat menyusukan bayi sehingga 2 tahun.
Kebanyakkan nya mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula je.
So hasil daripada perbincangan dengan ibu-ibu yang melakukan eksklusif pumping Una compile kan 6 tips mudah ni untuk ibu-ibu muda.
Semoga memberi manfaat kepada anda yer.
1. Konsisten mengepam
Tahu tak ibu-ibu?
Yang mana rutin harian mengepam stok ebm merupakan salah 1 'suplemen'untuk milk booster anda.
Lagi kerap mengepam, lagi banyak susu dapat dihasilkan.
So tak perlu lagi dah nak risau susu badan merudum.
Teruskan je mengepam.
Jangan culas..
2. Jangan stress dan rasa terbeban
Jangan anggap yang tanggungjawab anda sebagai EP Mom sebagai 1 bebanan..
Lalui pengalaman dengan senang hati..
Cuma perlu disiplinkan diri je..
Pada masa yang sama sentiasa berfikiran positif dan yakin susu anda sentiasa cukup untuk si comel anda.
Abaikan segala kata-kata orang sekeliling yang kononnya bayi anda lapar..
Susu anda cair..sedikit atau sebarang kata-kata negatif yang boleh mengganggu emosi anda.
3. Amal pemakanan milk booster
Sentiasa amalkan pemakanan yang boleh membantu menambahkan susu badan.
Sebagai contoh meminum air rendan halba.
Selain itu, minum air kosong sekurang 2-3 liter sehari.
Anda juga boleh mengamalkan suplemen milk booster seperti shaklee yang mana lebih mudah diambil dan disediakan.
4. Mengepam pada waktu malam
Waktu malam adalah waktu di mana tubuh paling aktif menghasilkan susu.
Untuk merangsang lebih banyak susu, kena la rajin kosongkan payudara.
Mungkin waktu malam ni sering mengantuk, tapi kalau fikirkan ikhlas demi kebaikan anak-anak pasti cabaran nak tidur tu jadi masalah ringan.
Lagi 1 tips; semasa mengepam boleh juga pasang muzik yang menenangkan atau boleh jugak tontot video komedi.
Ini kerana mood yang baik dan happy akan membantu hormon menghasilkan susu dengan lebih banyak.
Kalau tak caya cuba buat..
Tengak pam tu tengok maharaja lawak mega ke..
Atau dengar alunan ayat Al Quran.
Then tengok perbezaan nya.
5. Sokongan moral
Sokongan moral dari suami sangat-sangat membantu meningkatkan semangat dan motivasi untuk meneruskan sesi eksklusif pumping.
6. Dapatkan pam yang berinovatif
Nak jadi EP mom ni..so kena la get ready dengan gajet yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna.
Sekarang dah banyak sangat pam yang canggih yang memenuhi keperluan ibu-ibu.
Yang free style la..
Yang boleh power pumping la..
Anda boleh buat survey dan kumpul info selengkapnya sebelum membeli.
Biarla alah membeli yang penting menang memakai.
Mana-mana seller yang menjual breast pam..
Boleh tinggalkan no kontek anda di ruang komen untuk kemudahan ibu-ibu yang lain.
Enjoy breastfeeding
~Nurul Husna~
0 comments: