Cara merangsang susu badan supaya LDR banyak kali

9/28/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Apa itu LDR (Let down reflex) ?

Ibu-ibu yang sedang @ plan untuk EKSKLUSIF BREAST FEEDING wajib tau pasal LDR ok..

Bagi yang tak tau LDR tu apa...
Ni tanda2 LDR yang biasa ibu-ibu akan alami....

🎈sakit di bahagian abdomen kerana rahim mengecut
🎈susu keluar daripada payudara sebelah
🎈rasa semut2/kebas/tegang kat breast kita
🎈susu keluar dari celah mulut baby/kita dengar baby hisap➡telan➡hisap➡telan
🎈rasa tenang, aman, damai..kekadang mengantuk jugak. Tenang sgt sampai nak tertido hihi
🎈bila kita pam, nampak susu memancut keluar


Rasa-rasanya setakat ni ibu pernah alami tak?

Kalau tak sure...
Cuba recall balik situasi ni setiap kali bayi sedang menyusu @ dah tiba masa untuk si comel menyusu.

Apa penting nya LDR ni?

LDR ni menentukan jumlah kuantiti hasil 'tuaian' anda.
So kalau lagi kerap LDR ni berlaku...maknanya lagi banyak pengeluaran susu badan.
Kalau tengah dalam pumping session dalam masa yang singkat dah boleh dapat penuh 1 botol.

Macam mana nak tingkatkan LDR?

Ibu-ibu boleh merangsang pengeluaran LDR ni dengan cara;

✔sambil susukan baby, belai-belai dia, belai rambut dia, pipi..main2 kat kening dia..cium2 dia..bergurau-gurau ke ngn dia..tapi jangan bergurau over sgt kang dia gigit baru korang tau 😂😂😂

Yg penting, wujud kn suasana Kasih sayang dgn anak..

✔kalau tengah pam susu- tengok video anak, dengar dia ketawa.
Tengok gambar-gambar anak kan boleh buatkan kita sengih sensorang kan..

Atau tengok gmbar suami ke..kalau dilamun cinta pun boleh sebabkan LDR tau. Dan ketika bersama suami pun boleh LDR jugak.

Sebab kuncinya tadi kena HAPPY dan tenang.
So pengeluaran susu pun banyak..
Yeay!😍

Ataupun, sambil pam/susukan baby, kita berzikir ke, baca al quran ke..so kita rasa tenang kan..pun boleh hasilkan LDR jugak 😍

Best kan?

Kadang tu ade je org yg pam susu sambil tengok maharaja lawak mega. Sambil duk gelak2 sampai tak perasan botol dah penuh. 😃

Enjoy your breasfeeding....

Apa itu LDR (Let down reflex) ? Ibu-ibu yang sedang @ plan untuk EKSKLUSIF BREAST FEEDING wajib tau pasal LDR ok.. Bagi yang tak tau...

0 comments: