Keperluan Jenis Makanan mengikut latat belakang
CABARAN ZAMAN MODEN
Memetik kepada artikel salah satu website; (www.thebiohealer.com)
" Makanan sebenar sudah pasti jauh lebih baik dan seimbang dari segi kandungan nutrisinya.
Namun, kita harus berpijak pada dunia realiti zaman moden yang mencabar:
Makan pun tak sempat..apatah lagi memasak makanan anda sendiri? Tanam sendiri? Mimpilah!
- Kualiti dan pencemaran tanah yang membawa kepada berkurangnya zat dalam tanaman.
- Tumbuhan yang disirami racun serangga/rumpai mengumpul toksin yang akhirnya menjadi santapan anda.
- Pencemaran toksin persekitaran lainnya terutamanya bahan kimia dan pengganggu hormon.
- Pengambilan makanan rapu tanpa nutrisi dan penuh kalori.
- Penggunaan ubatan seperti ubat tahan sakit, antibioktik yang membebankan usus, hati dan buah pinggang.
- Kurang aktiviti fizikal di siang hari, tidur juga kurang. Ini mengelirukan jam biologi badan anda.
- Peningkatan stress yang kronik.
- Kerja..kerja..dan kerja..sehingga lewat malam..
Fast food juga yang jadi pilihan..
Maka anda rasa anda tidak perlukan suplemen tambahan?"
Bagi mereka yang memilih untuk tidak mengambil suplemen tambahan...pastikan makanan harian anda memenuhi gizi seimbang.
Setiap peringkat umur, gaya hidup dan jantina perlu mengambil nutrisi yang berbeza antara satu sama lain.
Teruskan membaca untuk mengetahui keperluan gizi seimbang harian anda..
Ibu hamil
Memerlukan makanan yang kaya dengan
🍎kalsium dan fosforus untuk pembentukan tukang fetus yang kuat.
(Sumber; kalsium - susu, keju, sayuran, ikan bilis, bijirin;
Fosforus - susu, keju, telur, bijirin)
🍎asid folik untuk pembentukan sistem saraf fetus.
(Sumber; sayuran hijau, oren, bijirin, legum)
🍎ferum untuk pembentukan sel darah merah
(Sumber; bayam, sayuran berdaun hijau, hati, kuning telur, daging, legum)
🍎protein daripada kelas pertama dan ke2 untuk membina sel dan tisu fetus.
🍎bijirin, sayuran dan buahan untuk membekalkan serat bagi mengelakkan sembelit.
Secara amnya ibu hamil memerlukan 14% lebih tenaga, 20% lebih protein dan 50% lebih kalsium dan fosforus berbanding wanita tidak hamil.
Bayi dan kanak-kanak
🍎Bayi memerlukan protein, karbohidrat, lipid, vitamin dan mineral untuk pertumbuhan.
Bayi bawah 6 bulan boleh diberikan susu ibu sepenuhnya.
Pastikan ibu mengambil makanan yang memenuhi nutrisi tersebut.
🍎Kanak-kanak
-memerlukan lebih banyak protein untuk tumbesaran
-karbohidrat untuk membekalkan tenaga
-lipid, vitamin dan mineral bagi mengekalkan kesihatan optimum
-kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
🍎Remaja
-protein dan vitamin untuk pertumbuhan yang pesat
-karbohidrat untuk membekalkan tenaga
-vitamin dan mineral untuk kesihatan yang optimum
Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak untuk mencegah jerawat.
Remaja perempuan harus mengambil ferum untuk mengelak anemia. Kerana berlaku kekurangan darah setiap kali datang bulan.
Individu berpenyakit tertentu
🍎pesakit diabetes harus kurangkan makanan bergula dan berkarbohidrat tinggi
🍎pesakit kardiovaskular harus kurangkan pengambilan makanan berlemak tepu dan kolesterol.
🍎individu yang mengalami tekanan darah rendah harus kurangkan makanan masin dan banyakkan makan sayuran dan buahan serta minyak ikan.
Golongan tua
🍎memerlukan makanan yang kaya dengan protein, vitamin B, D, asid folik dan mineral.
🍎kalsium dan fosforus untuk elakkan osteoporosis
🍎asid folik untuk sintesis sel darah merah.
🍎kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak untuk mengelakkan sebarang penyakit.
🍎minum air dan ambil serat yang mencukupi
Vegetarian
🍎gantikan sumber protein dengan bijirin, soya, tauhu dan legum
🍎mengambil makanan yang lengkap dengan asid amino perlu
🍎memerlukan makanan yang kaya dengan ferum, kalsium, zink, vitamin b12 dan D.
🍎elakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.
Atlit
🍎memerlukan makanan berprotein tinggi
🍎memerlukan juga vitamin, mineral dan karbohidrat untuk bekalan tenaga dan kesihatan yang optimum.
🍎memerlukan kalsium, natrium dan kalium untuk mengelakkan kekejangan otot.
So masing2 dah cek ke keperluan gizi harian anda.
Adakah makanan harian anda lengkap dengan keperluan nutrien tersebut.
Jika tidak...di sini la pentingnya pengambilan suplemen bagi melengkapkan keperluan gizi harian anda.
Tapi......
Sebelum nak beli suplemen tu pastikan ianya telah menjalani ujian klinikal dan telah disahkan selamat untuk jangka masa panjang.
dan pastikan juga ianya berasaskan bahan organik yang bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Inginkan dapat konsultasi mengenai suplemen shaklee?
Boleh hubungi saya secara langsung...
Nurul Husna
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531
--> www.wasap.my/60162222531
0 comments: