Siap kita hari ni adalah kerana dugaan hidup dahulu

9/26/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Setiap liku2 hidup hari semalam sebenarnya banyak bentuk siapa diri kita hari ni...

Samala dengan saya jugak...
Hari ni saya nak share kisah yang tak pernah saya share termasuk family saya sendiri..
Mungkin ada beberapa orang je tau..
Sebab saya nak bagi inspirasi pada diorang..
Semoga korang pun terinspirasi daripada kisah ni...


Nak dijadikan cerita semasa awal perkahwinan saya dan suami..
Kami diuji kedua2 nya mengganggur tak bekerja..
Masa tu suami belum lagi posting guru..

Saya pulak terpaksa diberhentikan kerja sebab company tak dapat bertahan lama..
Company terpaksa tutup..
Padahal masa tu saya dah seronok sangat kerja kat situ..
Ofis dekat dengan rumah..
Gaji ok..
Environment ok..
Bos yang sangat best..

Bila dah tak bekerja ni..
Ofkos la saya tak dok diam cari kerja..
Sampai kena tipu pun ada..
Sebulan buang masa berulang pergi kerja tapi tak ada gaji..
Last terpaksa berhenti jugak..

Percaturan Allah tu sebenarnya lebih baik..

Bayangkan bila dua2 tak ada income..
Apa kami nak makan?
Sewa rumah nak kena bayar..
Minyak kereta nak kena isi..
Mana nak cari duit..

Entah dari mana datang ilham..
Kami suami isteri sepakat jual nasik lemak..
Pagi2 kami bangun masak nasik lemak, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng, tekur rebus, dan 30 bijik karipap..
Kami bukak stall di pintu masuk rumah flat kami menyewa di Balakong..
Dari jam 8 tunggu..
Sorang pun tak ada yang singgah beli..
Bayangkan perasaan masa tu..
Sedih jangan cakapla..
Dah la duit kena berjimat-cermat..
Dah banyak mana keluar buat modal berniaga..
Tapi 1 pun tak terjual..

Last2 datang la sorang customer datang beli..
Syukur sangat2 masa tu..

Akhirnya kami terpaksa tutup kedai..
Bila tengok nasik lemak dan lauk2 yang banyak tu..
Adoi.. rasa lagi la 😭😭
Tapi kami dua2 tetap redha..
Setitik air mata pun tak keluar..

Akhirnya saya cadangkan suami berniaga di kolej 14 UPM..
Kami pun bungkus 1 per 1..
Dapatlah lebih kurang 25-30 bungkus gitu..

Petang tu suami ke kolej 14 jaja nasik lemak..
"Nasik lemak...nasik lemak"

Malam saya pulak ngajar tuisyen di kajang..
Akhirnya saya dapat kerja..
Walaupun gaji kecik..
Tu belakang cerita..
Yang penting kerja dulu..

Jadi suami pulak ambil alih masak nasik lemak..
Bungkus..
Siap masak & bungkus..
Suami ambil saya di ofis..
Lepas tu saya drop suami di upm..
Lps maghrib saya ambil suami..
Suami anta saya ke kajang pulak..

Setiap hari jumaat suami buat dadih jual pulak di depan masjid UPM...
Macam tu la rutin kami..
Sampai la suami posting..
Time raya haji pun kami beraya ber2 je..
Sebab tak ada duit nak balik kampung..

Pernah sekali beberapa hari kami pulang ke kampung..
Jadi suami terpaksa cuti berniaga...
Bila suami start berniaga balik..
Tak sangka sangat ada yang bertanya..
"Nape tak nampak pun 2,3 hari?"

Rasa seronok & syukur sangat2..
Bukan sebab customer tu borong banyak sekali beli..
Tapi atleast kami tau kami ada regular customer...

Pengalaman ni la yang menjadikan kami pasangan usahawan yang sangat cekal..
Walaupun bisnes tuisyen kadang kala merudum..
Pelajar setakat 2,3  per kelas..
Kami tak cepat down & give up..
Malah kami sentiasa datang dengan idea baru..
Strategi yang baru..

Bila bisnes diuji dengan sangat maju pulak..
Kami tak mudah lupa diri..
Malah kami sentiasa beringat saat2 susah pulak..

Diam tak diam dah hampir 10 tahun pun peristiwa tu.
Tetap jadi kenangan manis untuk dikenang..
Tapi kadang2 bila ingat balik rasa macam mimpi je..

Nasihat saya buat anda yang nak mula berniaga..
Kuatkan iman..
Cekalkan hati..
Bila rasa tak ada bahu nak disandar..
Ingatlah kita masih ada lantai untuk bersujud..
Mengadula pada Allah..
Dia sahaja sebaik-baik pertolongan..

Setiap liku2 hidup hari semalam sebenarnya banyak bentuk siapa diri kita hari ni... Samala dengan saya jugak... Hari ni saya nak shar...

0 comments: