Kisah pemuda tinggal di kubur selama 17 tahun

9/26/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Sape yang pernah dengar dah kisah ni..
Actually kisah ni sangat memberikan pengaharan kepada kita.
Thats why Una share di sini.
Supaya lebih ramai yang ambil iktibar dari kisah ini.



Mungkin ada yang terfikir pemuda ini tinggal di sekitar kawasan perkuburan kan.
Tapi sebenarnya TAK.
Pemuda ni memang tinggal di dalam kubur.

Begini kisahnya...


Sebenarnya pemuda ini lahir daripada keluarga yang berada.
Keluarga yang senang...kaya..
Ibu bapanya antara orang besar-besar la..
Kekayaan melimpah ruah.
Kalau orang lain tengok memang sebuah keluarga yang perfect la..
Diorang miliki apa yang orang lain impikan..

Tapi..orang nampak apa yang di luaran je..
Padahal kedua ibubapa pemuda itulah yang meletakkan anak mereka sendiri di dalam kubur.
Dan hiduplah pemuda itu selama 17 tahun di dalam kubur.
Setiap hari sang anak jalani hidup, makan, minum dan tidur dalam kubur itu..
Kubur yang sangat gelap.

Sang anak langsung tak merungut.
Dia ikut je apa yang dah ditetapkan oleh ibubapa nya.
Langsung tak melawan.

Pada ulang tahun kelahiran ke 17 pemuda itu..
Kedua ibubapanya berjanji akan tunaikan apa je permintaan nya..
Sang pemuda berfikir, inilah masa nya..
Untuk dia nyatakan hasratnya..

....dia tak nk tinggal dalam kubur lagi..
Tapi....betul je ibubapanya akan tunaikan permintaan dia tu..

Hari yang dinanti telah tiba..
Sang pemuda telah genap 17 tahun..
Kedua orang tuanya datang bertanya apakah permintaannya.

"Apa nak? Cakap je apa permintaan mu.. Ibu dan ayah akan penuhi selagi kami termampu"

"Ibu dan ayah berjanji akan tunaikan apa je permintaan ku?"

"Ye nak..ibu dan ayah berjanji.."

"Ibu....ayah....saya tak nak tinggal lagi di dalam kubur.."

"Apa?? Apa maksud permintaan mu?"

"Ayah dan ibu dah berjanji..dan itu sahaja la permintaan ku..aku tak nak tinggal di dalam kubur lagi.."

"Iyer..betul..kami dah berjanji. Tapi ayah tak faham apa maksudmu"

"Ayah...sudah 17 tahun saya tinggal di sini..tapi tak pernah sekali pun saya dengar ibu dan ayah membaca Al Quran.....

....sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda..rumah yang tidak pernah dibacakan Al Quran..ibarat seperti kubur..

..dan saya tak nak lagi tinggal di kubur, ayah.."

Ayah dan ibu pemuda itu terdiam..

"Ayah dan ibu pun langsung tak pernah ajar saya membaca Al Quran."

Memang orang lihat rumah ini besar...mewah..macam istana..

Tapi Rasulullah memandangnya seperti sebuah kubur.

"Jika ayah dan ibu ingin memakbulkan permintaan ku...satu je yang saya minta..ajar la saya membaca Al Quran..agar rumah ini kembali bercahaya..dengan cahaya Al Quran.."

Renungan;
Di manakah selama ini anda makan, minum dan tidur?
Di rumah kah? Atau di kubur?




Sape yang pernah dengar dah kisah ni.. Actually kisah ni sangat memberikan pengaharan kepada kita. Thats why Una share di sini. Supaya le...

0 comments: