8 kesilapan yang biasa kita lakukan selepas makan
1. Makan Buah-buahan, haa ni la yang majoriti masyarakat kita amalkan.
Selepas makan makanan utama seperti nasi, makan buah sebagai pencuci mulut.
INI SALAH SEBENARNYA! .
Kenapa?
Bila kita sudah makan nasi , usus kita mengambil masa 1 ke 2 jam untuk pencernaan.
Bila kita ambil buah pula, ini buatkan buah tidak dapat dicerna secara normal.
Haa inilah yang kadang-kadang buatkan kita jadi sembelit . Jadi ubahlah cara pemakanan kita yang ini ye.
Kalau ikut sunnah pun akan ambik buah dulu..
Selepas tu baru makanan berat.
Bukan desert @ pencuci mulut seperti yang diwar-warkan.
2. Minum Air Teh.
Kebiasaanya sewaktu bersarapan kita sering buat kesilapan ni kan..
Bersarapan dan buatkan air teh, teh o, teh tarik, teh ais.
Teh sebenarnya mengandungi banyak asid, Asid ini menyebabkan protein dalam makanan susah untuk dihadam dengan betul.
Kalau nak minum pun sebaiknya teh panas.
Teh sejuk boleh menyebabkan angin dalam badan.
3. Yang ini, si perokok selalu lakukan.
Selepas makan pergi merokok kan ?
SILA UBAH TABIAT ini!
Kesan merokok selepas makan, sebatang rokok sama dengan 10 batang rokok.
Kenapa?
Bila kita lepas makan, saluran darah pada sistem pencernaan sedang meningkat.
Akibatnya sesetengah kandungan dalam rokok ini akan akan diserap ke hati (hati akan rosak), ke otak dan ke pembuluh darah.
Haa tak ke haru dengan kesan sampingan ni.
4. Mandi selepas makan!
Tahu tak, mandi selepas makan akan meningkatkan aliran darah pada permukaan badan manakala aliran darah pada saluran usus dan perut adalah berkurang.
Keadaan ini akan menyebabkan sistem pencernaan yang lemah.
5. Bersenam selepas makan
Aktiviti ini boleh mempengaruhi metabolisma badan dalam penyerapan gizi makanan, selain itu boleh menurunkan tekanan darah serta fungsi jantung pun terganggu.
Disarankan kita tunggu dalam masa 2 ke 3 jam sebelum memulakan senaman.
6. Jangan Longgarkan tali Pinggang
Kenapa pula tak boleh?
Mesti ada yang tertanya-tanyakan?
Bila kita longgarkan secara tiba-tiba selepas makan atau sedang makan, ia boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.
LJadi apa yang perlu kita buat?
Longgarkan dahulu sebelum makan.
7. Jangan Terus minum Ais
Alahai yang ini lah susah nak ditinggalkan ni kan.
Kenapa?
Minum ais sebelum makan, sambil makan dan selepas makan akan melambatkan pencernaan, kerana air sejuk akan membekukan makanan yang berlemak dan berminyak.
Bila lemak-lemak ini terbentuk dalam usus akan akibatkan saluran jadi sempit dan boleh menyebabkan lemak berkumpul.
Ini adalah salah satu punca terjadinya penyakit kronik seperti masalah kolestrol dan jantung.
8. Jangan Terus Tidur atau baring Lepas Makan
Yang ni memang kita sedia maklum, apa yang kita suka buat ini akan menyebabkan berat badan bertambah (gemuk).
Selain itu tabiat ini juga boleh mengundang penyakit gastrik!
haaa dah kenapa pulak?
Sebab bila kita terus tidur , penghadaman makanan tidak dapat diproses dengan baik.
Memang kebanyakannya , tidur selepas makan akan menyebabkan kita jadi gemuk.
Selain itu ada juga yang menegah jangan makan makanan berat selepas jam 8 malam kerana kita kurang melakukan aktiviti.
0 comments: