7 TIPS HOMESCHOOLING SUPAYA JADI LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKAN

7/13/2020 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Dah lebih 3 bulan anak-anak


berkurung di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tujuan menyekat penularan wabak covid-19. Walaupun lagi 2 hari sekolah bakal dibuka semula kepada pelajar SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan, namun bagi pelajar tahun 1-6 dan tingkatan 1-4 masih tertunggu-tunggu bila agaknya sekolah akan dibuka semalam.

Semalam pun cikgu dah ke sekolah anak-anak untuk mengambil buku tulis dan latihan anak-anak. So nampaknya macam lambat je lagi sekolah akan dibuka dan anak-anak bakal meneruskan pembelajaran dari rumah la nampak gayanya.

So bila dah belajar dari rumah, ibu bapa la yang kena mainkan peranan untuk membimbing anak-anak. Tapi banyak jugak cikgu dapat aduan daripada ibu ayah yang mengadu tak pandai nak ajar anak-anak, emosi jadi cepat marah, dan sudahnya anak-anak fobia nak belajar dengan ibu ayah sendiri.


Seiring dengan itu cikgu dapat request dari ibu ayah untuk jalankan kelas tuisyen secara online. Atas sebab itu la akhirnya cikgu decide untuk provide Kelas Tuisyen Online untuk membantu ibu bapa membimbing anak-anak belajar dari rumah.

Tapi tak semua ada kemudahan dan nak memilih Kelas Tuisyen Online ni. Mungkin disebabkan faktor kewangan. Yelah dah hampir 2 bulan kebanyakan ibu ayah tak dapat bekerja cari rezeki bagi membiayai yuran tuisyen.



:: 7 TIPS HOMESCHOOLING YANG IBU AYAH BOLEH PRAKTIKKAN SUPAYA JADI LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKAN ::


Jadi bagi yang kurang berkemampuan boleh la praktik 7 TIPS HOMESCHOOLING SUPAYA JADI LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKAN

1. BUAT JADUAL PEMBELAJARAN



Setiap hari pastikan ibu ayah dan siapkan jadual belajar untuk anak-anak. Sebagai contoh sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Tak perlu set masa terlalu lama. Cukuplah sekadar 30 minit untuk 1 sesi. Supaya mereka tak cepat rasa bosan.

2. PASTIKAN ANAK BERSEDIA

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, pastikan anak-anak sudah bersedia iaitu sudah makan, minum, sudah buang air. Pensel, pemadam, pembaris dan buku pun dah ada.

Jangan nanti dah stat belajar, masa tu la nak buang air, nak tajamkan pensel, nak cari pemadam. Ini boleh mengganggu fokus mereka.

Dan pastikan jugak tv ditutup, handphone diletak jauh dari pandangan. Unless kalau ibu ayah mengajar menggunakan handphone la.

3. IBU BAPA MESTI DUDUK BERSAMA

Haa...bila dah namanya homeschooling maka ibu ayah la cikgunya. Bila dah jadi cikgu pasti ibu ayah duduk mengadap anak-anak secara formal. Jangan biarkan mereka belajar sendiri sedangkan ibu ayah main handphone, tengok tv, tengah makan di dapur. No no no.

Ini boleh mengurangkan motivasi anak-anak. Ingat!! Bila-bila je waktu ulangkaji/belajar anak-anak pastikan ibu ayah turut serta dengan mereka. Boleh sama-sama belajar atau baca buku dengan mereka. Ibu ayah kan jadi contoh anak-anak. Jadi kalau nak anak-anak rajin belajar ibu ayah pun kena la rajin belajar. Ilmu tu kan luas, macam-macam boleh belajar. Selagi kita hidup selagi itu la proses belajar tak kan habis.

4. MULAKAN DENGAN SUBJEK KEGEMARAN MEREKA

Jika ini adalah sesi homeschooling anak-anak, boleh mulakan kelas dengan subjek favourite mereka. Supaya mereka lebih bersemangat nak belajar.

Sesi berikutnya boleh la tukar-tukar dengan subjek lain.

Ingat !!! Tak perlu lama-lama. 30 minit per sesi dah memadai.

5. MULAKAN BAB YANG MEREKA TELAH KUASAI @ LEBIH MUDAH

Untuk subjek yang bukan favourite mereka,ibu ayah boleh mulakan dengan ulangkaji bab @ buat latih tubi yang lebih mudah dan mereka dah kuasai. Barulah mereka akan rasa enjoy dan tempoh 30 minit tu tak terasa lama pun.

Katanya ibu ayah nak ajar matematik bagi anak tahun 2. Boleh dimulakan dengan buat ulangkaji / latih tubi matematik tahun 1 dahulu. Lagi pula ibu ayah dapat melatih anak-anak untuk kuasai topik asas. Bila mereka dah kuasai asas, insyaAllah bab berikutnya mereka akan lebih mudah dan cepat faham.

6. KAWAL EMOSI

Haa...situasi ni selalu je berlaku jika ibu ayah bertukar memakai topi cikgu di rumah. Cepat je melenting bila anak-anak tak dapat faham apa yang ibu ayah ajar. Jangan !! Kawal perasaan. Ini boleh mengurangkan motivasi anak-anak dan akhirnya mereka jadi hilang minat untuk belajar.

By the way, cara mendidik/mengajar bagi setiap anak-anak adalah tidak sama. Penting untuk ibu ayah pelbagai kaedah pengajaran dan penerangan. Mungkin tak ramai yang ada skill mengajar, dan sebab itulah cikgu share tips ke-5 tadi.  Bila anak dah kuasai kaedah asas, mereka akan lebih mudah faham. Bila anak cepat faham ibu ayah pun tak la cepat hangin. Anak pun boleh belajar dengan seronoknya.

7. BAGI REWARD

Konsep reward ni sebenarnya sering diamalkan oleh guru-guru di sekolah. So why not ibu ayah buat perkara yang sama. Setiap kali anak-anak boleh jawab soalan dengan betul dan cepat boleh berikan mereka reward. Tak perlu barang yang mahal. Sometimes sticker je pun anak-anak dah happy sangat. Atau pun paling mudah bagi cash. RM1 ke. Ikutla kemampuan masing-masing.

Kita yang dewasa pun suka reward apatah lagi anak-anak.

So ini sahaja 7 Tips homeschooling yang boleh ibu ayah praktikkan supaya jadi lebih menarik dan menyeronokkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

~Cikgu Husna Zakaria~
Pusat Tuisyen Minda Proaktif

Dah lebih 3 bulan anak-anak berkurung di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tujuan menyekat penularan wabak covid-19. W...

0 comments: