Rahsia menjadi bapa berjaya agar dapat membentuk anak yang cemerlang
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam hidup mereka.
Bayi yang baru lahir dan sentiasa diberi perhatian oleh ayahnya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan nanti.
Kajian juga menunjukkan anak yang kurang mendapat belaian dan kasih sayang seorang bapa mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai masalah sosial.
Jika ingin anak anda berjaya dunia dan akhirat bukan hanya nenjadi tanggungjawab ibu tetapi adalah dengan hasil kerjasama seorang ayah. Jadi bagaimana untuk menjadi seorang bapa yang cemerlang?
Ikuti 6 rahsia di bawah :
#1 Jadi seorang bapa yang komited dan bertanggungjawab
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, di samping ibu mereka. Sekali sekala beri peluang dan terima teguran mereka jika anda terlupa melakukan di rumah.
#2 Kenali anak anda
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka suka, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingat semua nama kawan mereka (biasanya ibu-ibu je yang kenal kawan diorang)..
Cuba patuhi dan istiqamah syarat-syarat berikut;
- jangan terlalu ikut perasaan
- sentiasa ada di rumah
- ikuti dan hadirkan diri dalam acara kekeluargaan
- kotakan janji
- mempunyai kehidupan yang teratur
- menjaga adab dan sopan
- mempunyai hobi dan kegemaran yang boleh jadi ikutan.
- jangan terlalu ikut perasaan
- sentiasa ada di rumah
- ikuti dan hadirkan diri dalam acara kekeluargaan
- kotakan janji
- mempunyai kehidupan yang teratur
- menjaga adab dan sopan
- mempunyai hobi dan kegemaran yang boleh jadi ikutan.
#3 Melindungi, menyara dan mendoakan
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah. Jika berlaku krisis rumah tangga cuba atasi dengan cara yang positif. Secara tidak langsung dapat mendidik anak cara menghadapi krisis dengan betul. Jangan lupa mendoakan mereka setiap kali lepas solat.
#4 Mencintai ibu mereka
Zahirkan cinta anda kepada ibu mereka untuk menunjukkan kasih sayang anda suami isteri. Secara tak langsung menerapkan nilai kasih sayang dalam hidup mereka.
#5 Menjadi pendengar yang baik
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong, ini kerana mereka sangat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jadi sebagai bapa yang cemerlang dengar apa yang mereka katakan dan cuba pahami apa yang tidak diluahkan. Tunjukkan bahawa mereka berhak diberi perhatian dan didengari.
#6 Jadikan diri anda sebagai pemimpin kerohanian.
Beri peluang anak mengenali Allah dengan menunjukkan keimanan dan amalan harian yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat lima waktu secara bersama-sama dan jadilah imam untuk keluarga anda. Sekali-sekala bawa keluarga berjemaah di surau atau masjid. Ajar mereka untuk sentiasa bersalaman dan mencium tangan muhrim yang lebih tua.
Semoga dengan penglibatan anda dalam membesar dan mendidik anak-anak dapat mengurangkan gejala sosial, seperti kelahiran anak luar nikah di masa akan datang.
Bayangkan hadiah yang bakal anda terima di akhirat jika anak-anak anda terdiri daripada anak soleh dan solehah.
Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah sama-sama kita menjaga institusi kekeluargaan daripada berpecah belah. InsyaAllah..
Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
0 comments: