Cara menggunakan maskara supaya gojes bak Che Ta di majlis pertunangan
Bulu mata yang melentik memang idaman setiap wanita. Sebab tu la pelakon paling vogue Che Ta tak pernah tinggalkan bulu mata palsu dia kan.. Tapi pengalaman saya 1st time pakai bulu mata palsu masa hari perkahwinan memang menyeksakan..rasa penat sangat kelopak mata nak angkat bulu mata yang berat tu. So rasanya cukuplah dengan menggunakan maskara je..still tetap boleh tampil vogue dan gojes jugak.
Sememangnya penggunaan bulu mata palsu, rata-rata lebih panjang, lebat dan lentik...tapi guna maskara pun sebagai ilusi yang bulu mata kita lebih panjang atau lentik jugak. Ye dak? Sebab tu lah bagi wanita, koleksi alat solek tak kan lengkap tanpa maskara.
Kalau tak ada maskara rasa macam mekap hari tu macam ada yang tak kena dan tak lengkap. Actually saya memang failed bab pakai maskara ni..sambil2 saya google untuk information saya sendiri, saya share pulak dengan anda.
Tips menggunakan maskara
#1 Sebelum menggunakan maskara, gunakan alat pelentik bulu mata dulu untuk bagi kesan yang lagi best. Lepas tu pulas-pulas maskara nipis-nipis untuk elakkan gumpalan. Sikat bulu mata dengan memggunakan sikat yang khas.
#2 Mulakan dengan keseluruhan bulu mata dan bahagian bawah sehingga ke hujung agar bulu mata panjang dan lentik. Sebaik-baiknya apabila pulasan maskara tiba di hujung bulu mata, goyangkan perlahan-lahan secara zig zag.
#3 Untuk sapuan bulu mata bawah, pastikan maskara berada dalam keadaan menegak. Digalakkan menyapu satu persatu tetapi perlu berhati-hati supaya sapuan tidak comot.
#4 Elakkan menyapu bahagian yang sama berulang kali kerana ia akan menyebabkan maskara menjadi berketul-ketul dan solekan kelihatan tidak neutral.
Fuhh...cukuplah 4 tips ni sahaja. Semoga bermanfaat untuk gojes-gojes sekalian.
0 comments: