Cara memilih pencuci muka yang sesuai dengan wajah supaya wajah tidak rosak

5/08/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

pencuci muka yang sesuai untuk kulit


Kebanyakan kita main belasah je guna pencuci muka kan..sedar2 kulit rasa panas, pedih, merah atau mengalami kerengsaan. Itulah pentingnya kita tambah ilmu di dada supaya kesihatan dan kecantikan kulit tetap terjaga walaupun kita taklah guna produk yang paling glemer atau paling mahal di pasaran.

So teruskan bersama saya yer. Mungkin tips yang saya nak share ni dapat membantu menyelesaikan masalah yang terbuku di hati dan fikiran korang selama ni.

Kebanyakan wanita asia mempunyai kulit wajah jenis;
🌸 Kulit kering
🌸 Kulit berminyak
🌸 Kulit normal
🌸 Kulit sensitif


#1 Kulit kering

Anda dikatakan mempunyai kulit jenis kering jika;
🔮 Kulit anda terasa bahang dan tidak tahan menghadapi sinar matahari (easy to sunburn)
🔮 Anda mengalami masalah liang roma kulit yang terbuka luas.
🔮 Selalunya 10 minit selepas cuci muka, terutamanya sebelum meratakan pelembap kulit muka akan mudah rasa kering dan tegang.

Bagi jenis kulit ini, anda disarankan memilih pembersih muka dari jenis krim dan gel kerana pembersih jenis ini dirumuskan dengan kandungan pelembap di dalamnya bagi mengekalkan keseimbangan lembapan kulit walaupun telah dicuci.

#2 Kulit Berminyak

Berikut adalah ciri-ciri kulit berminyak:
🔮 Warna kulit akan mudah menjadi bertompok-tompok (warna kulit tidak rata),keperang-perangan atau timbul bintik-bintik hitam sekiranya selalu terdedah kepada cahaya matahari.
🔮 Liang roma kulit terbuka mudah kelihatan.
🔮 Selepas setengah muka dicuci, tanpa mengenakan sebarang pelembap, sentuh sekitar muka menggunakan jari terutamanya di bahagian hidung dan anda pasti terasa muka melekit dan berminyak.

Kulit berminyak dikategorikan sebagai masalah utama wanita kerana kulit berminyak memudahkan tumbuh jerawat dan memberikan kesan seperti pori-pori terbuka. Jesteru pemilihan pembersih muka yang bersesuaian amat diperlukan.

Bagi mengatasi kulit berminyak, pilihlah pembersih muka jenis gel kerana ia mampu memerangkap minyak pada permukaan kulit dan di celah liang roma.

#3 Kulit Normal

Kulit normal tidak mempunyai masalah yang serius. Antara ciri-ciri kulit normal adalah:
🔮 Kulit anda mungkin akan mengalami pengeluaran minyak berlebihan di sekitar zon T (dahi, hidung, dagu)
🔮 Kulit cepat sunburn dan warna kulit akan mudah menjadi sedikit gelap.
🔮 Sepuluh minit selepas membersihkan muka, kulit anda terasa segar dan anjal tanpa pelembap.

Tidak sukar bagi mereka yang memiliki kulit muka yang normal untuk memilih pencuci yang bersesuaian dengan mereka. Boleh dikatakan kulit normal boleh menggunakan pembersih muka jenis biasa (foam), krim, gel dan pembersih muka yang berbentuk sabun (soap).

#4 Kulit Sensitif

🔮 Kulit sensitif paling tidak tahan dengan sinaran matahari. Ia mudah sunburn dan akan bertukar kemerah-merahan bagi mereka yang berkulit cerah.
🔮 Selain itu, kulit muka jenis ini juga amat sensitif terhadap pencemaran udara dan tidak sesuai menggunakan pencuci muka yang berasid tinggi.

Kulit sensitif amat sukar dijaga terutamanya yang mempunyai masalah jerawat. Justeru disarankan penggunaan pembersih muka jenis deep pore cleanser atau yang tertera medicated adalah bersesuaian bagi merawat masalah jerawat yang dialami.

Sekarang anda sudah kenal jenis kulit anda dan bagaimana untuk memilih pencuci muka yang berseuaian. Andai kata selama ini dah salah guna, bertukarlah segera ye. Jangan pulak disebabkan salah pilih pencuci muka anda terpaksa pulak berhadapan dengan masalah kulit yang kronik.

Jika anda masih tercari-cari pencuci muka yang bersesuaian 
dengan anda saya cadangkan 3 produk ini untuk anda.

#1 Bagi kulit berminyak boleh gunakan Enfuselle Purifying Gel

cara memilih pencuci muka

Ianya bebas sabun dan pH seimbang diperkaya dengan vitamin E yang berbuih lembut bagi memastikan kulit kekal segar dan lembut.

#2 Bagi kulit kering - Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion

cara memilih pencuci muka

Losyen pencuci campuran berkrim yang bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan solekan tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

#3 Kulit normal saya cadangkan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

cara memilih pencuci muka

Ianya pencuci yang lembut dan segar yang diformulasi khas untuk menyucikan kulit anda.

Kenapa saya cadangkan ketiga-tiga produk ini?
☺kerana ianya bersesusian mengikut jenis kulit anda
☺bebas paraben 100%
☺SELAMAT, SEMULA JADI dan BERKESAN.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi no yang tertera di bawah.



call/sms/whatsapp 016 2222 531



pengedar shaklee

NURUL HUSNA (follow saya FB)

Kebanyakan kita main belasah je guna pencuci muka kan..sedar2 kulit rasa panas, pedih, merah atau mengalami kerengsaan. Itulah pentin...

1 comment:

  1. Saya masih konfius dengan jenis kulit muka saya nie.. :D

    ReplyDelete