KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR SELEPAS SUBUH ?

5/14/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments

Tips menjemput rezeki

Sedikit perkongsian.
Kenapa kita sering dilarang tidur lepas subuh, melalui pandangan orang soleh. 


Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat. Jadi sesiapa yang dekat dengannya, hati hati. Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni. Diberi peluang, aku terus bertanya. 

"Ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan, "Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh, "Jadi ustaz, apa hukum tidur lepas subuh?

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati, "Ada banyak mazhab ke dia ni?"

"Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku..."

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"

"Maaf ustaz.." Aku cakap dekat dia,"dua dua mazhab lah ustaz".

Dia kata, "Kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati."

Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap."kenapa ustaz?"

Dia menjawab, "Orang yang macam ni SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!! Dia menolak pemberian Allah!! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr."

"Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yang ada pada fikiran kau?
Mesti kau akan kata, dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu."

Aku tersentak.

Dia berkata lagi, "Orang yang tidur lepas subuh dan lepas tu bangun, ada hati lagi nak dhuha. Allahuakbar!! Orang macamni lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar!! Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. 

Allahhh!! Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi, "Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahuakbar!! Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi, "Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!
Allahuakbar!! Jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi ape yang ada dlm Al quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al quran ke huku ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dalam bahrul madzi, dia mengatakan siapa yang melakukan sesuatu yang sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.

Jangan memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yang haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.

Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yang soleh, ulama', auliya', Ahlullah. Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya banyak mendatangkan murka Allah. Kita sendiri tau antara orang yang Allah tak berckp dengan mereka di akhirat adalah orang yang miskin tapi sombong tak bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah.

Nabi dah kata:
                         احفظ الله،يحفظك
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah. Takutlah Allah. Jagalah adab dengan Allah. Jadilah orang yang tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.

Semoga dengan Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain. Prihatin antara satu sama lain. Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yang kita rasa seperti lebih baik berbanding orang lain. Sebab itulah punca hati ini su'zon. 

Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.

Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu. Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.

Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sebab itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain. 


Sedikit perkongsian. Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh..
Astaghfirullahh...

Sumber : kisah ini dipanjangkan oleh para sabahat..

waktu yang dilarang tidur

Sedikit perkongsian. Kenapa kita sering dilarang tidur lepas subuh, melalui pandangan orang soleh.  Sebelum ni, aku sempat b...

2 comments:

  1. Gud info husna. Lagi satu, tdo selepas subuh akan mengundang penyakit juga

    ReplyDelete
  2. Gud info husna. Lagi satu, tdo selepas subuh akan mengundang penyakit juga

    ReplyDelete