Cara merawat ketuat tanpa memerlukan rawatan laser atau berbelanja besar

12/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

merawat ketuat tanpa pembedahan


(Maaf yer jika dalam entri ni saya masukkan rupa ketuat sebenarnya. Sebab saya fobia dengan biji-biji or lubang-lubang..hihihi...kalau nak tau rupa ketuat sebenar pembaca boleh google aje)

Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus human pappiloma. Ketuat biasanya kelihatan pada jari, kaki, alat kelamin. Kawasan yang dijangkiti ketuat akan timbul dan menjadi keras.

Ketuat bukanlah dipengaruhi oleh faktor keturunan. Tetapi mereka yang mempunyai kurang daya tahan diri sangat mudah dijangkiti ketuat. Ada yang sehingga ketuat berulang kali timbul dan bersilih ganti di tempat yang berbeza.

Apakah rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ketuat?



Sebenarnya ada banyak kaedah untuk merawat ketuat, seperti;

1. Rawatan terapi cryo. Ini boleh dilakukan di kilinik. Terapi cryo merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan liquid nitrogen. Ketuat yang terkena liquid nitrogen akan menjadi keras dan mengecut.

2. Pembedahan membuang ketuat.

3. Pembuangan ketuat melalui laser CO2. Ketuat yang dilaser akan terbakar dan terus hilang daripada kulit. Tetapi selepas dilaser, bahagian tersebut harus dijaga rapi seperti penjagaan luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Kebanyakan kita membuat 'pembedahan' sendiri di rumah dengan cara memotong ketuat tersebut dan menyebabkan pendarahan. Cara ini sebenarnya merumitkan lagi keadaan kerana ketuat ni adalah kulat, selagi akarnya masih hidup selagi itulah ketuat akan tetap ada.

Baru-baru ini saya perasan jari kelingking anak sulong saya ada ketuat. Apa yang saya buat? Saya carikan asid salisilik di farmasi dan terus sapu pada bahagian ketuat berulang kali. Lepas sapu tiup asid tersebut untuk keringkannya (bila kering asid tu jadi warna putih). Siang dan malam saya sapu sehingga jadi kering dan berkuping macam bekas luka. Terus la saya kutil. Masa tu rasa lega sangat sebab dengan akar-akarnya sekali dah tercabut ketuat. 

Macam-macam brand ada dijual di pasaran

Tapi pada masa yang sama saya berikan vita c dan nutriferon untuk kuatkan daya tahan badannya supaya ketuat tak kan naik lagi.

Tak perlu nak keluarkan modal besar. 1 botol asid salisilik hanya berapa ringgit je. Bagi anda yang kerap dinaikki ketuat, nasihat saya di samping anda bunuh virus human pappiloma penyebab ketuat dengan asid ni, amalkan juga suplemen imun booster untuk mengelakkan ianya berulang lagi, kerana walaupun ketuat dah tak ada tapi kebarangkalian virus human pappiloma masih terus hidup di dalam badan anda. Jadi tak mustahil ketuat akan berterusan timbul.

(Maaf yer jika dalam entri ni saya masukkan rupa ketuat sebenarnya. Sebab saya fobia dengan biji-biji or lubang-lubang..hihihi...kala...

5 comments:

  1. salam, nak tanya. tutup asid tu cemana? guna plaster?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plaster x mujarab sangatla..better beli asid yg cecair tu..nnt sapu nipis2 pd tempat ketuat tu..nnt akar dia tertggl.

      Delete
    2. Plaster x mujarab sangatla..better beli asid yg cecair tu..nnt sapu nipis2 pd tempat ketuat tu..nnt akar dia tertggl.

      Delete
  2. Berape lame baik? Dan mcm mane nak tau akarnya tercabut sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mcm kulat tu..bila kita cabut kita nampak macam jalur2...biasanya kalo cabut akat tu akan berdarah la unless dia betul2 kering or tercabut sendiri..luka nak sembung bergantung pd dr masing2..

      Delete