KISAH PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN

10/09/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments

BAGI ANAK MAKAN SAMPAH

Ya Allah...sebelum nak share ni pun,air mata nad dah bertakung...😑

Kisah ini bermula 2 tahun lepas...

Pada hari tersebut agak-agak pukul 3 petang,Irfan dan Auni ajak ronda-ronda naik kereta..adus...punya lah malas nak ronda tengah panas ni...

Tapi disebabkan anak dah ajak,bawa la juga....

Entah macam mana boleh pulak tergerak hati nak bawa mereka ke econsave..tapi just pusing-pusing dalam kereta jela..

Tiba-tiba, Nad ternampak ada seorang ibu dan 3 anak kecil sedang mengambil sesuatu di dalam tong sampah econsave tu..

Dalam hati Nad  " diorang ni buat apa?kenapa anak dia makan sampah tu?" 😞😞😞😞

Nad berhentikan kereta dan pergi ke ibu tersebut...

" Akak buat apa ni?kenapa makan kuaci ni?ni kan sampah?"

Akak tu jawab " ini je yang ada,makanan kat rumah dah habis"

Allah....😭😭😭😭😭😭 meraung Nad kat situ...serius Nad menangis...

Tanpa fikir panjang,Nad terus pergi ke mesin ATM dalam econsave tapi malangnya out of service..

Nad hilang punca sebab dalam purse memang ada berapa hinggit je...😂😂😂Nad terus pesan kat akak tersebut

"Akak jangan pergi mana-mana,saya balik rumah sekejap,akak tunggu saya kak, tolong stop kan anak-anak tu makan sampah"

Nad balik dan terus ambil semua makanan yang ada kat rumah dan ambil semua duit tabungan Nad...

Jangan kata Nad tak fikir orang tu baik ke jahat...Nad memang tak fikir pun sebab Nad tak sanggup tengok anak dia makan sampah😭😭😭

Sampai je sana,Nad terus bagi semua makanan dan duit-duit tabung yang hanya RM1 dan syiling-syiling...

Akak tu mulanya tak nak ambil tapi nad paksa juga ambil..

Yang Nad kagum,bila Nad bagi semua makanan tu,anak-anak beliau tak nampak kelam kabut pun nak ambil..semua macam takut-takut...alahai...

" Jom saya hantar anak-anak balik rumah"

Akak tu jawab "eh jangan jangan,nanti orang cakap saya minta sedekah"

Allah..dah jadi macam ni pun masih nak fikir orang lain...

Kalau nak tahu,akak ni ibu tunggal dan ada 3 orang anak yang masih kecil...

Nad berkeras dan tetap nak hantar..

Yang buat Nad lagi sebak,masa nak masukkan anak-anak beliau ke dalam kereta,anak beliau boleh cakap

"Makcik,kami ni busuk bau sampah,nanti busuk kereta makcik"

Nad menangis lagi😭😭😭😭😭😭😭😭

Sampai je depan KFC,Nad tanya

"Korang lapar tak?makcik belanja kfc nak?"

" kami dah kenyang makan coklat kat tong sampah tu,makcik janganlah menangis.."

Dengar je jawapan tu..mau aku tak nangis...😭😭😭 anakku makan sedap -sedap kat rumah...

Selepas hantar mereka,Nad terus message kawan-kawan dalam group Shaklee ireach dibawah master Lyna Noh...

Dengan muka tak malunya..Nad minta sumbangan mereka...

Alhamdulillah...mereka sangat HEBAT....Nad dapat kumpul sumbangan beribu-ribu....

Rakan-rakan Shaklee mencadangkan supaya Nad guna sumbangan tersebut untuk buat modal akak tu menjalankan perniagaan...

Nad terus terfikirkan KEREPEK PISANG...Nad call kak Kamisah Osman pengusaha kerepek pisang dan minta beliau hantar kerepek pisang untuk akak tu jual...

Memang akak tu wanita dan ibu yang hebat...dalam masa beberapa hari beliau dapat keuntungan yang berganda...Alhamdulillah...

Dan sekarang...akak tu dah ada sebuah kereta dan 3 buah motor yang dibeli dengan CASH.....

Nad sebak...😭 Nad pandang vision board yang Nad dah tampal kat dinding

" Aku nak bagi RM10k dekat ibu tunggal"

Allah...Nad menangis lagi...allah makbulkan...

Walaupun Nad tak bagi RM10k cash tapi Nad dah bagi peluang kat akak tu untuk dapatkan income RM10k...syukur...

Nad tak nafikan kisah ini menjadi penguat semangat Nad untuk buat bisnes Shaklee...

Ramai lagi yang hidup SUSAH...ramai lagi yang hidup MAKAN SAMPAH...

Nad wajib KAYA...ye Nad wajib KAYA...

Nad ada impian nak bina sebuah rumah ibu tunggal dan anak yatim...ini impian BESAR nad...

Teman-teman...bersyukur lah dengan nikmat yang kita ada...jangan disebabkan ujian yang sedikit,segala nikmat yang Allah bagi,kalian lupakan...

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua...

Terima kasih kepada team iReach Shaklee yang bantu Nad....

KALIAN SANGAT HEBAT👏🏻👏🏻👏🏻

Kepada akak tersebut Rafiah Udin...kenang daku dalam doamu...aku sayang ko rafiah...💐💐


Kredit to : nadzaim

BAGI ANAK MAKAN SAMPAH Ya Allah...sebelum nak share ni pun,air mata nad dah bertakung...😑 Kisah ini bermula 2 tahun lepas... P...

2 comments: