Kenapa kita mesti mengambil suplemen dalam diet harian?
Especially bila jadi mak yong ni..
Kalau tak, tak la doktor suruh kita amik suplemen asid folik dan iron tablet.
Kalau harap dari pemakanan je gerenti tak dapat cover nutrien yang perlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
Memang la kalau dah ambil makanan yang seimbang dari segi nutrisi..so tak perlu lagi la nak ambil suplemen.
Tapi bape % korang pasti korang dah ambil cukup nutrisi setiap hari.
Una sendiri pun malas nak kira dalam 1 mangkuk sayur ada bape miligram vitamin c, zink, kalsium dan sebagai nya.
Belom lagi amik kira sumber sayur tu menggunakan baja organik ke kimia.
Tanah yang diorang tanam tu dah dineutralkan ke..
Entah kandungan asid tinggi.
Adoi...sakit kepala mak nak..
Paling senang ambil je suplemen shaklee..
Kat label botol dah ada tulis ingredient setiap vitamin dan mineral.
Tinggal telan je bape biji yang diperlukan..
Senang cite...
Sape geng Una? 🙌
Kenapa Perlu Ambil Suplemen
Suplemen pada bahasa bermaksud penambahan. Atau pelengkap.
Dari segi istilah dalam dunia pemakanan, suplemen bermaksud makanan tambahan yang diambil untuk kesihatan badan. Sama ada untuk bahagian tertentu
atau untuk kesihatan secara keseluruhan.
Suplemen juga bukanlah terhad kepada dunia kesihatan atau dunia pemakanan.
Kalau kita ada kereta, kita pasti akan mencari suplemen untuk kereta kesayangan kita. Contohnya tint film, sport rim, air freshener, etc.
Kalau ada handset, selalunya kita akan cari casing, screen protector, apps canggih manggih.
Yang ada rumah, tambah suplemen kepada rumah supaya lebih awesome. Macam-macam ditambah, awning, spotlight, alarm, perhiasannya, etc.
Jadi, badan kita? Macam tu lah juga..kalau sayang kat badan ni, mesti kita cari suplemen.
7 sebab perlunya suplemen dalam diet harian
1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Dunia sekarang dunia moden. Tapi bab pengendalian pencemaran masih tidak dipedulikan. Setiap hari kita terdedah dengan asap kenderaan, asap rokok, asap pembakaran terbuka dan lain-lain. Benda ni semua tak dapat dinafikan dapat memudaratkan tubuh badan kita.
Begitu juga dengan air yang kita gunakan seharian. Air untuk mandi, minum, memasak, dll. Tubuh badan kita mengandungi ~70% air. Jadi kalau air kotor, atau tak cukup bersih, tak ke menghalang tubuh badan kita daripada berfungsi secara optimum?
Hampir setiap hari kita terdedah dengan bahan penyebab kanser. Dari beg plastik, bekas-bekas plastik, bedak talkum, alatan mekap, asap-asap merbahaya, dan macam-macam lagi.
Semua tu adalah penyebab utama kita kena ambil suplemen.
2. Badan memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan.
Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin-C dan Vitamin-E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
Jika kita selsema contohnya, kita juga memerlukan suplemen seperti Vitamin-C yang lebih untuk meningkatkan imuniti badan kita.
3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang.
Masyarakat sekarang kurang peka dengan pengambilan makanan yang seimbang. Bagaimana yang dikatakan seimbang? Kita boleh lihat semula piramid makanan yang kita belajar dulu di sekolah. Kita perlu tahu makanan yang mana perlu kita kurangkan dan makanan mana yang perlu dilebihkan.
Contohnya, jika seseorang itu sangat susah untuk makan sayur, dia perlu untuk mencari suplemen sebagai pengganti zat yang sepatutnya diperolehi dari sayur. Ini penting bagi mengekalkan kesihatan yang baik.
4. Kehilangan zat makanan.
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya semasa kita memasak sayur, jika kita masak terlalu lama zat-zat dalam sayur tersebut akan hilang. Akhirnya kita tidak mendapat zat yang diperlukan oleh badan daripada sayur tersebut. Ini menjadi sebab kenapa kita perlukan suplemen bagi menggantikan zat-zat yang hilang tadi.
5. Buah-buahan dan sayur-sayuran kebanyakannya tercemar.
Pada masa kini, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ditanam secara pukal. Ini menyebabkan para petani cenderung menggunakan bahan kimia yang berlebihan bagi memastikan tanaman mereka hidup subur tanpa gangguan penyakit. Ramai petani yang menggunakan racun serangga yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Bagi yang mengikut peraturan dan dos racun serangga yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib, mungkin masih boleh dimakan dengan selamat. Tetapi, jika ada penyalahgunaan racun serangga yang berlebihan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita.
6. Makan mengikut selera rasa.
Kita selalu dengar orang bercakap mengenai, kita makan untuk hidup? Atau hidup untuk makan? Persoalan yang sering ditanya. Tetapi, masyarakat kita masih lagi mengamalkan cara hidup hidup untuk makan. Makan mengikut selera tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut berkhasiat atau tidak. Ini menjadi sebab kenapa kita perlu ambil suplemen bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Kita perlu mengubah tabiat makan yang cenderung untuk merasa makanan yang sedap sahaja. Ramai rakyat Malaysia terutamanya mempunyai penyakit-penyakit kronik disebabkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Semuanya gara-gara nak yang sedap. Akibatnya kita tanggung selepas itu.
7. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
Penyerapan nutrisi daripada makanan memerlukan medium yang sihat. Kadang kala pengambilan ubat-ubatan dan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan. Apabila berlaku gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan, badan kita tidak dapat menyerap nutrien yang sepatutnya diserap oleh badan.
Sudah terang lagi bersuluh kan kenapa perlu ambil suplemen? Jangan kita berlengah lagi. Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga. Kurniaan yang Allah beri pada kita untuk dijaga. Bukan untuk diporak peranda.
Laburkan sedikit wang bagi membeli suplemen yang sesuai dengan keperluan badan kita. Jangan terlalu kedekut sedangkan kita membazir wang untuk perkara lain yang belum tentu ada manfaatnya.
0 comments: