Resepi ikan siakap kukus asam boi. Menu ibu berpantang paling mudah.
Sebelum ibu2 nak ke pasar hari ni..Atau yang baru plan menu untuk lunch hari ni..
Saya nak share 1 resepi sihat.
Mak yong yang bakal nak bersalin pun suruh encik suami buatkan masa berpantang nanti..
Resepi nya mudah sangat.
Gerenti tak membebankan encik suami..
~IKAN SIAKAP KUKUS ASAM BOI~
Gambar: Ihsan dari Google search |
Bahan-bahanya;
1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5-10 bijik asam boi (seeloknya asam boi yang putih2 sikit tu)
....kalau sedang berpantang boleh digantikan dengan jus lemon @ limau nipis...
Garam
Sos tiram
Lada sulah / hitam
Sos ikan (pilihan)
Secubit kiub pati ikan bilis (pilihan)
Bahan2 lain (sebagai hiasan):
Lobak merah
Cendawan mutiara
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cara-caranya;
1. Bersihkan ikan.
2. Didihkan air dalam periuk kukus.
3. Gaulkan ikan dengan garam
4. Masukkan carrot, cendawan (jika mahu), sos tiram, sos ikan, kiub pati ikan bilis, asam boi.
5. Tabur bawang besar, bawang putih & halia yang telah dimayang.
6. Gaulkan semua bahan tadi sehingga rata.
7. Kalau yang jenis suka kuah boleh masukkan sedikit air.
8.Kukus sampai ikan masak.
9. Keluarkan ikan dari periuk kukus.
10. Tabus bahan hiasan anda (daun sup, daun bawang & bawang goreng).
11. Sedia untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA.
0 comments: