Tips mengecilkan pipi tembam secara semulajadi
Sebelum mami nak taip entri ni mami google dulu kot2 ada blogger lain yang dah pernah share tips ni.
Memang ada..tapi kesemuanya blogger dari indonesia. Dan apa yang mengejutkan mami, mami terjumpa tips nak tembamkan pipi. Tak sangka ada juga yang nak jadi chubby..ingatkan semua ingat nak kurus je.
Normal la tu manusia..tak pernah nak puas dengan apa yang diorang ada. Mungkin orang chubby ni comel kot. Macam baby tu..geram dibuatnya sebab tembam sangat.
Ok kita proceed kepada tajuk utama kita macam mana nak kecilkan pipi chubby.
Sape2 je pun pasti susah hati bila lemak pada badan mula berkumpul. Bertambah runsing apabila lemak pada bahagian muka telah kelihatan. Lemak pada bahagian muka selalunya menyebabkan pipi kelihatan tembam. Pipi tembam tidak semestinya dimiliki oleh wanita yang gemuk sahaja tetapi mereka yang kurus juga boleh alaminya.
Banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku seperti pengambilan makanan yang berlemak dan tidak melakukan senaman. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Jom kita study satu persatu tips berikut.
SENAMAN FIZIKAL
Kardio merupakan sukan yang boleh membantu mengurangkan lemak pada kawasan pipi. Lihat juga apakah pipi tembam ini adalah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Jika ya, anda perlu melakukan senaman aerobik setiap hari.
Bagi anda yang bertubuh kurus dengan pipi tembam, joging atau jalan cepat selama 30 minit sangat membantu. Ia boleh melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme badan.
Penting agar anda menjaga pemakanan. Kurangkan pengambilan garam kerana kandungan garam yang tinggi pada tubuh akan membuatkan muka kelihatan bengkak.
Elakkan juga makanan atau minuman yang mengandungi banyak susu, minyak dan berlemak. Lebih baik banyakkan makanan yang mengandungi asid lemak omega 3, buah dan sayuran segar.
Ia adalah jenis makanan yang mencukupkan keperluan nutrisi untuk membina otot wajah serta meningkatkan pengeluaran kolagen.
Kombinasi antara latihan fizikal dan senaman wajah sangat penting untuk membuat pipi tembam lebih runcing. Menggabungkan senaman aerobik dengan senaman wajah untuk dapatkan hasil yang maksimum.
Bagi yang bertubuh gemuk atau kurus, lakukan senaman wajah selama 15 minit sehari. Lakukan juga regangan dan pergerakan pada otot tulang pipi.
Air putih adalah minuman sihat yang boleh melarutkan lemak pada tubuh. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan lemak pada wajah. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lakukan sebagai rutin kecantikan dan kesihatan anda.
Ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia memang dikenal pasti memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. Salah satunya adalah membuatkan wajah anda bengkak.
=======================
TEKNIK SENAMAN WAJAH
=======================
Mahu tampil dengan wajah kurus dan cantik seperti yang diinginkan, teknik senaman wajah perlu dilakukan terlebih dahulu.
Ia mudah dan pantas sekali gus memberikan anda daya keyakinan yang tinggi setiap kali melangkah keluar dari rumah.
Senaman X-O
X-O ialah senaman wajah dengan menyebut huruf X dan huruf O. Ia akan membentuk sebuah gerakan buka dan menutup mulut. Ia juga merupakan salah 1 senaman wajah.
Senyum lebar
Senyum juga merupakan senaman wajah yang sangat bagus. Apabila kita tersenyum pipi akan bergerak ke atas sehingga mendekati mata membantu otot2 dan saraf pipi bertenang. Ianya juga bagus untuk wajah yang awet muda.
Tambahan pula ia boleh dilakukan pada bila2 masa dan di mana jua.
Buka mulut lebar-lebar
Buka mulut dan rahang dengan menyebut huruf A. Tetapi jangan buka terlalu luas sehingga menyakitkan rahang. Lakukan sekurang2 nya 3 kali sehari.
Tetapi jangan terlalu lama kerana ia akan menyakitkan.
Buat mulut ikan
Juihkan bibir anda ke depan dan sedut pipi ke dalam. Lakukan berulang2 kali. Hati2 jangan sampai terluka bahagian dalam pipi anda.
Kembungkan pipi
Tiupkan kedua-dua pipi anda sepertinikan buntal dan tahan beberapa saat. Selepas itu kembungkan pipi sebelah kanan dan tahan beberapa saat.
Ulang kaedah pada pipi sebelah kiri pula. Lakukan berulang-ulang.
Kunyah gula-gula getah
Dengan mengunyah gula-gula getah akan menyebabkan otot pipi meregang dan melakukan senaman.
Selain bermanfaat untuk meruncingkan pipi, mengunyah gula-gula getah membantu menenangkan saraf dan membersihkan gigi.
Tapi elakkan mengambil terlalu kerap dan kandungan gula yang tinggi kerana ia boleh merosakkan gigi.
Sekian.
Sumber : Majalah Wanita
Mami Husna
SMS/Whatsapp/Telegram
0162222531
JAGA MAKAN

SENAMAN WAJAH

MINUM AIR PUTIH
Air putih adalah minuman sihat yang boleh melarutkan lemak pada tubuh. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan lemak pada wajah. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lakukan sebagai rutin kecantikan dan kesihatan anda.
ELAK UBATAN BERLEBIHAN

0 comments: