Suplemen shaklee untuk kanser prostat
Prostat merupakan sistem reproduksi lelaki dimana terdapat kalenjar prostat yang menghasilkan air mani yang mengandungi sperma.Kanser kalenjar prostat adalah kanser yang terjadi apabila sel yang terdapat di prostat termutasi, membahagi dan tumbuh secara tidak terkawal.
Ia boleh merebak ke tempat lain di dalam tubuh dan mampu memusnahkan tisu normal yang lain.
Di Malaysia, ia menduduki tempat ke-6 di dalam carta 10 kanser paling lazim berlaku kepada lelaki.
Ramai tak sedar kes kanser ni sbb hampir 80% lelaki yang datang mendapatkan rawatan sudah berada di tahap 3 dan 4, iaitu tahap dimana pesakit sukar diselamatkan.
Sebabnya kanser ni tak menunjukkan simptom yang khusus..rasa malu dan ego yang ada pada lelaki sampai sanggup menderita kesaikitan dari dapatkan rawatan.
Simptom Kanser Prostat
Macam saya mention di atas tadi, tiada gejala khusus untuk pesakit kanser prostat.
Namun, gejala berikut boleh dijadikan guide lines untuk menunjukkan adanya kanser prostat iaitu;
✔rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
✔terdapat darah dalam air kencing
✔Kerap membuang air kecil, terutama di malam hari
✔Mengalami kesukaran ketika hendak mula membuang air kecil
✔Sukar menahan aliran air kencing
✔Mengalami aliran air kencing yang lemah atau terhenti-henti
✔Terasa hendak buang air kecil tetapi tidak boleh kencing
✔Rasa sakit di belakang pinggang, pinggul, atas paha, bahu atau tulang lain.
Faktor Risiko Kanser Prostat
#1 – Umur
Seseorang yang berusia melebihi 50 tahun mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terkena kanser prostat. Namun begitu, ia tidak bermakna anda yang berusia kurang daripada 50 tahun tidak akan terkena kanser ini.
#2 – Sejarah Keluarga
Risiko untuk mendapat kanser prostat adalah lebih tinggi kepada lelaki yang bapanya atau adik beradiknya telah mengalami kanser prostat.
#3 – Diet
Lelaki yang mengamalkan diet pemakanan yang kaya lemak tepu haiwan, kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser prostat.
Kaedah rawatan kanser prostat
1 – Pemantauan
Tidak semua pesakit kanser prostat perlu menjalani rawatan serta merta.
Terdapat sel kanser yang tumbuh secara perlahan-lahan dan mungkin mengambil masa 10 tahun atau lebih sebelum menimbulkan masalah atau merebak.
Doktor hanya akan mengawasi perkembangan pesakit dan memeriksanya dari semasa ke semasa
#2 – Pembedahan
Jika tumor tertumpu pada prostat, pembedahn membuang keseluruhan prostat biasanya akan dilakukan bagi menghalang kanser berulang dan menjadi lebih teruk.
Kesan sampingan dari rawatan ini adalah hilang kawalan pada pundi kencing, mati pucuk dan perubahan ukuran panjang zakar
#3 – Terapi Radiasi
Terapi ini bertujuan memusnahkan sel kanser dan merencatkan pertumbuhan sel kanser tersebut.
Sel kanser yang berkembang dengan pantas lebih mudah dimusnahkan oleh radiasi berbanding sel normal yang terletak bersebelahan dengan sel kanser tersebut.
Diantara kesan sampingannya adalah cirit birit, gangguan pada fungsi usus, keinginan membuang air kecil yang lebih kerap, rasa lesu, rektum tidak selesa, pedih atau sakit, mati pucuk, dan lemah kawalan kencing.
#4 – Terapi Hormon
Rawatan ini adalah untuk kanser yang telah merebak jauh keluar prostat. Ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan kanser tetapi ia mungkin dapat membantu mengecutkan kanser tersebut atau melenyapkan gejala untuk kebanyakan lelaki.
Rawatan dengan hormon boleh diberikan beberapa bulan sebelum radioterapi atau pembedahan untuk membantu rawatan susulan yang dilakukan supaya menjadi lebih berkesan.
Di antara kesan sampingannya adalah hilang nafsu seks, peningkatan berat badan, tubuh kadang-kala berasa panas, mati pucuk, osteoporosis, tetek membengkak, cecair tertahan di dalam tubuh dan mood berubah-ubah
#5 – Kemoterapi
Ia adalah kaedah penggunaan ubat yang kuat untuk menyerang sel kanser. Sesetengahnya disuntik secara langsung ke dalam vena atau otot, manakala yang lain diambil melalui mulut.
Diantara kesan sampingan rawatan ini adalah cirit-birit, loya, keguguran rambut, muntah-muntah, darah cair, fungsi tulang sumsum terjejas.
Kehidupan Selepas Rawatan Kanser
#1 – Jaga pemakanan
Pastikan anda mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Makan makanan yang tinggi protein dan minum banyak air.
Selain itu, ambil vitamin dalam kuantiti yang mencukupi dan buat temujanji dengan pakar diet.
#2 – Bersenam
Senaman sangat penting untuk bekas pesakit kanser.
Anda boleh mulakan dengan berjalan selama 10 minit setiap hari, kemudian berjalan dengan laju selama sejam, 6 kali seminggu.
#3 – Berinteraksi dengan pasukan penjagaan kesihatan
Pastikan anda hadir pada temujanji susulan
#4 – Berhenti merokok
#5 – Tangani stress
#6 – Luangkan masa untuk berseronok dengan ahli keluarga dan kenalan
Di samping mengikuti rawatan doktor, boleh jugak mengamalkan suplemen sebagai nutrisi tambahan.
Antara suplemen shaklee yang bolwh membantu pesakit kanser prostat adalah
#1 – Vivix
Asid Elagik membantu menghalang kanser prostat dan membantu meningkatkan imun sistem pesakit kanser prostat terutama mereka yang telah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi.
Ia juga mengandungi resveratrol dan polyphenols yang sangat bagus dengan fungsi anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial.
#2 – Nutriferon
Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh
0 comments: