Kuiz untuk mengenal pasti potensi diri anak-anak

3/05/2018 unazack Husna 0 Comments



Baru-baru ni suami Una share 1 post untuk menentukan potensi anak-anak.

Boleh refer gambar baju di bawah.


Jika anak melihat warna PUTIH & GOLD/PERANG, maknanya beliau lebih dominan menggunakan otak kiri.

OTAK KIRI : cenderung kepada logikal, math, science, bahasa

Jika warna HITAM & BIRU pulak, lebih dominan guna otak kanan.


OTAK KANAN : cenderung kepada emotional, kreativiti, imaginasi

Kalau warna campur-campur;
Contoh BIRU & GOLD, maknanya penggunaan otak kanan dan kiri yang seimbang.

Kami cuba test pada Ahmad Aisar Qaisir.
Dengan sepantas kilat dia jawab BIRU & HITAM.

Sah ! 100% TERBUKTI !
Beliau memang lain daripada yang lain.
Buat kerja ikut dan je.
Contoh kalau nak tulis no.7
Biasanya akan tulis terus dari kiri ke kanan dan atas ke bawah.
Sesetengah budak tetap menggunakan teknik yang sama walaupun dari kiri ke kanan tak terus bersambung dari atas ke bawah.

Tapi Aisar berbeza.
Dia akan tulis dari atas ke bawah tu
Then baru kiri ke kanan.

Baru-baru ni berkelahi mami dengan dia.
Dia memang suka mewarna
So mami dah ajar teknik mewarna yang betul.
Berbeza dengan kakak, dia tetap buat cara dia.
Ikut dan je.
Warna pun bercampur-campur.
Boleh tengok hasil di bawah.


Katanya "Adik suka warna-warni."

"Mami suka cantik-cantik. Mami tak nak macam ni. Comot !"

Langsung dia tarik muka. 😂😂

Time buat homework pun sama.
Asal siap sudah.
Huruf tu asal ada rupa dah.
Besar kecik, langsung tak kisah.
Tu yang laju je buat kerja.

Berbeza dengan kakak si perfectionist.
(Kakak jawab BIRU & PERANG)
Selagi tak memenuhi piawai dia
Selagi tu dok padam dan tulis balik.



So bila dah tau keistimewaan anak-anak ni
Yang penuh kreativiti dan imaginasi
Mami terima la seadanya
Walau bagaimanapun mami tetap pantau dan bimbing dia supaya buat yang terbaik.

Kalau dibiar tulisan macam tu
Alamatnya sampai ke besar la tulisan cakar ayam.

So the moral of the story
Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan sekadar menyokong minat anak-anak tapi cuba bimbing mereka juga. Pada masa yang sama bagi pandangan dan nasihat atas keputusan mereka. Selebihnya bergantung pada mereka untuk buat pilihan.

Nanti nak try kat Aaira pulak.

Mami?
Mami nampak PUTIH & GOLD.

P/s : Kuiz ni sah pada jawapan pertama je. Kalau kali ke2 nampak lain, yang ke2 tu dikira TIDAK SAH.

Baru-baru ni suami Una share 1 post untuk menentukan potensi anak-anak. Boleh refer gambar baju di bawah. Jika anak melihat warna...

0 comments: