3 kelebihan 'skin to skin' dengan bayi selepas bersalin
Walaupun dah hari 13 berpantang...tapi detik2 bersalin kan baby Aaira Annur Qaisara tetap mami ingat.
Paling tak boleh lupa detik 'skin to skin' dengan si cantik manis ni..(kalau bukan mak sendiri puji anak..sape lagi? Ye tak..)
Bila nurse letak je dia atas dada mami...terus je dia tercari-cari nak menyusu..
Dah jumpa je...bukan main semangat dia hisap...
Pada mulanya nurse bagi sejam je..
Tapi bila tengok dia tak lepas2 sampai 2 jam dia dengan mami..
Padahal mami dah rasa ngantok giler dah masa tu..
Yelah...bersalin tengah malam..tepat jam 12.35 tengah malam...
Terpaksa panggilkan nurse ambilkan baby..
Dapatlah mami lelap setengah jam..
Sedar2 dengar ada baby dok nangis..
"Nurse, anak saya ke yang nangis tu?"
"Yelah...baby sorang lagi dah dibawa ke NICU.."
"Mehla bawak dia ke sini.."
Nurse yang menyambut tu minta tolong nurse lain bawakkan..masa tu beliau tengah sibuk lengkapkan dokumen kelahiran.
Bila nurse letak je si kecik ni atas dada mami..terus dia stop nangis..
"Anak mak ni.."
Nurse tu cakap..
Apa itu 'skin to skin'?
“Skin to skin contact”...ada juga yang panggil 'kangaroo care'/'kangaroo mother care' adalah keadaan di mana bayi yang baru lahir hanya dipakaikan diaper dan diletakkan di atas dada ibu atau ayah tanpa berbaju.
Dan diselimutkan untuk menutup tubuh bayi supaya tidak kesejukkan
Di beberapa negara, 'skin to skin contact' sudah menjadi polisi standard yang dilakukan setelah bayi baru dilahirkan.
Di beberapa negara, 'skin to skin contact' sudah menjadi polisi standard yang dilakukan setelah bayi baru dilahirkan.
Dalam waktu kurang dari 1 jam setelah bayi dilahirkan, bayi langsung diletakkan di dada ibu selama 1 jam. Secara naluri, beberapa saat kemudian bayi akan bergerak mencari payudara ibu dan mulai menyusu walaupun mungkin baru bisa menjilat dan mencium payudara saja pada awalnya.
Kenapa perlunya 'skin to skin' ni?
1. Membina antibodi bayi.
Antibodi pertama bayi adalah melalui ibu.
Bila bayi diletakkan bersama ibu kuman/bakteria yang ada bersama ibu akan pergi kepada bayi so semasa itu lah antibodi bayi akan terbentuk.
2. Memberi ketenangan kepada bayi.
Semasa didalam perut, bayi mendengar degupan jantung ibu, bila keluar dia tidak dapat mendengarnya lagi dan membuatkan dia ketakutan.
So bila diletakkan di dada ibu, ini akan memberi tahu yang "IBU ADA DISINI SAYANG"
3. Untuk stimulate breastfeeding.
Tahukah anda, secara semula jadi bayi yang baru lahir boleh menjari payudara ibu untuk menyusu.
Bila bayi diletakkan di dada ibu, bayi akan mengenal bau ibu dan mencari 'breast' ibu.
Dan ibu pun akan menghasilkan hormon yang menggalakkan penghasilan susu.
Jika bayi tidak diperkenalkan dengan bau ibu sejurus keluar, maka bayi agak susah untuk "mengenal" ibu.

0 comments: