Khasiat produk berasaskan stem cell

4/09/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Korang perasan tak?
Sekarang ni banyak betul produk kesihatan dan skincare yang berasaskan Stem Cell?

APA ITU STEM CELL?

Biasanya kita tau Stem Cell hanya boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Tapi kos penyimpanan stem sel ni sangat tinggi dan sangat sensitif terhadap suhu dan persekitaran.

Stem cell juga boleh diambil dari sel haiwan seperti arnab.


Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

APA ITU APPLE STEM CELL?

Percaya atau tidak, di dunia ni terdapat sejenis epal di dunia ini yang memilik sel stem yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

Iaitu epal swiss.



Penduduk di Switzerland rata-ratanya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan.

Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh yang lama walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk jika dibandingkan dengan epal yang lain. Jika buah epal lain hanya mampu bertahan sebulan dua je di pokok, dan kemudian akan busuk dan gugur. Epal swiss boleh bertahan sehingga 6-8 bulan.

Daripada fenomena ini saintis temui bahawa stem sel epal ni mampu mengekalkan kekebalan dan keremajaan kepada buahnya.

Oleh sebab itu la Stem Cell daripada epal ni dimasukkan di dalam formula produk kecantikan dan kesihatan.

Keberkesanan yang mampu menjadikan seseorang individu itu kembali merasai remaja kerana ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan antioksida malah ia juga boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Banyak manfaat stem cell epal ni. So wonder la shaklee menggunakan stem cell darioada buah ini sebagai salah 1 secret ingredient dalam produk youth.

Untuk lebih lanjut tentang produk youth boleh klik DI SINI.

Love 💖
Nurul Husna

Korang perasan tak? Sekarang ni banyak betul produk kesihatan dan skincare yang berasaskan Stem Cell? APA ITU STEM CELL? Biasanya kita ...

0 comments: