Selama 7 tahun hidup wanita ini dihantui kejadian misteri

4/09/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Sempena nak ambil mood filem Dukun yang baru keluar wayang beberapa hari lepas.

Terasa nak share 1 cerita misteri nusantara yang benar-benar berlaku pada Una sejak lebih kurang 6 ke 7 tahun lepas.

Tak tau nak mula dari mana.
Tapi kadang-kadang tu dok elok tengok tv sorang-sorang layan drama
Terasa ada je susuk tubuh datang duduk di sebelah.
Masa awal-awal rasa sebelah je
Tak lama lepas tu dua-dua belah ada
Kiri dan kanan.
Selagi dia dok elok je
Tak kaco apa-apa
Diam je la


Antara pukul 11 hingga 12 tengah malam pulak
Bila mana mata tak boleh lena
Tekak pulak terasa haus
Pergi la ke dapur nak minum air
Belum pun sampai dapur ada je yang mengikut dari belakang

"Dia pun rasa haus jugak le tu"
Tegur dalam hati je la.

Jangan kata malam
Siang-siang pun ada
Baru masuk bilik air
Niat nak mandi
Belom apa-apa
Terdengar pintu bilik air di ketuk

Tak boleh jadi ni
Ke mana saja dia ikut
Tak senang betul la
Nak lepaskan hajat pun tak boleh

Hilang sabar punya pasal
Terlepas cakap la jugak

"Nak apa nya? Mami nak berak pun tak senang !"

"Mami cepat la. Abang pun nak berak juga."

Begini la gangguan yang sentiasa menghantui hidup seorang ibu anak 3.

Kalau buat filem
Agak-agak nya box office tak?

Sempena nak ambil mood filem Dukun yang baru keluar wayang beberapa hari lepas. Terasa nak share 1 cerita misteri nusantara yang benar-...

0 comments: