Bukan Anti Cite Melayu

1/02/2018 nurul husna 0 Comments

Sape layan cite coffee prince?
Kita geng....

Coffee prince malaysia vs korea

By the way...
Masa mula2 cite tu keluar Una tak tengok pun..
Sebab tak minat dengan Fattah Amin..
Sori yer peminat Fattah..

Tapi bila tertengok babak Janna Nick & Fahrin Ahmad...
Terus terlayan..hahaha
Sebab diorang berlakon bersahaja sangat..

Bagi Una la...
Janna Nick berjaya bawak watak berbanding pelakon asal cite tu..
Versi korea punya..

Yang korea tu pun Una tengok jap je..
Nampak kayu sangat hero & heroin nya..
Terus stop tengok..
Tu yang agaknya versi melayu ni Una tak teringin nak tengok jugak kot.

Coffee prince ni jugak adalah antara cite melayu yang ada jugak la tunjuk realiti kedai kopi..
Walaupun tak sepenuhnya..
Ada nya babak pakcik syukri yang try buat resepi kopi..bakar biji kopi..
Ada babak pekerja tengah closing restoran tu..
Mungkin sebab follow cite asal kot..

Kebanyakan cite melayu asyik fokus kepada percintaan je..
Sampaikan sebagai penonton kita rasa boring..
Bila cite doktor..
Tak ada pun nak tunjuk hakikat kerja seorang doktor..
Just tunjuk doktor melawat pesakit..
Lepas di'mute'kan dialog nya..
Selebihnya kisah cinta doktor..

Pada pandangan peribadi Una sebenarnya daripada drama2 ni la kita boleh ambil peluang untuk educate masyarakat kita.

Sebab tu Una selalu pesan pada pelajar..
"Korang kalau nak faham konsep fizik ke...kimia ke..sains ke..tengok filem omputih..diorang gunakan konsep yang betul.."

Macam cite martian..


Kisah seorang angkasawan yang berada di planet marikh sorang2..
Dalam tu ada tunjukkan macam mana dia tanam kentang di planet marikh untuk cover makanan dia sementara nak tunggu kawan dia datang ambil..
Tu pun untuk tempoh lebih setahun (kalau tak salah Una la)

Perasan tak korang kenapa dia nyalakan api dalam khemah 'ladang' dia..
Tujuannya nak dapatkan air @ wap air untuk tujuan siram pokok kentang..
(Kat marikh tak ada sungai dan lain2 bekalan air yer..)



Tu adalah konsep kimia..
Yang mana sebatian hidrokarbon yang terbakar akan menghasilkan wap air..
Boleh refer bab sebatian karbon kimia spm..

~Sedikit perkongsian daripada budak fizik yang suka astronomi..

Nurul Husna Z.
Ss Group

Sape layan cite coffee prince? Kita geng.... By the way... Masa mula2 cite tu keluar Una tak tengok pun.. Sebab tak minat dengan Fat...

0 comments: