Mek Una Kaki Holiday
Biasanya setiap cuti sekolah hujung tahun Una & family akan plan untuk pergi bercuti..Rehat2 kan fikiran..
Gembira kan anak2...
Ni semasa suami & anak2 ke zoo Johor |
Tak dapat lama...
Atleast 2 hari 1 malam pun cukup..
Tapi cuti bulan 12 baru2 memang tak dapat ke mana la...
Sebab Una sedang berpantang..
So sekadar bawak anak2 balik kampung..
Disebabkan setiap hujung tahun encik suami dipanggil bertugas..
Kalau tak jadi pengawas SPM..
Jadi pemeriksa...
Ataupun dua2 sekali..
Jadi setiap kali nak bercuti memang kitorang kena plan awal2..
Lagipun kelas tuisyen pun kena maklumkan awal2 pada parents..
Ni kenangan bereunion dengan BFF di Pengkalan Balak, Melaka |
So nak tak nak setiap kali nak bercuti atleast 2 minggu kena plan..
Tapi Una ni jenis yang suka adventure..
Means suka gamble je..
Dulu memang Una teringin nak bercuti tanpa di rancang...
Tak yah planning.
Dah sampai baru cari hotel..
Tempat menarik yang boleh pergi...
Tapi disebabkan ada anak kecik..
Kena fikir kan kebajikan anak2 dulu.
So kena la well planning..
Percutian tak di rancang di Cameron Highland |
By the way Una suka sangat tengok rancangan travel2..
Especially yang berbackpack..
Walaupun tak semua rancangan diorang backpack..
Contoh macam 3 hari 2 malam..
Yang Qi Qushairi jadi pengacara tu..
Mak Dan kaki jalan..
Dan terbaru Kail Pagi Makan Petang (walaupun ni bukan rancangan travel)
3 hari 2 malam tu...
Una tertarik sebab dengan bajet RM300 still boleh bercuti..
Walaupun diorang terlupa nak include perbelanjaan pergi & balik..
Tapi daripada situ menunjukkan nak bercuti sebenarnya tak yah berhabis banyak pun..
Mak Dan Kaki Jalan tu pulak..
Yang best nya..bukan setakat omputih buat kecek Ganu..
Tapi Mat Dan tu berani cuba macam2 makanan dan budaya masyarakat lain..
Malaysia dah la kaya dengan pelbagai kaum dan budaya nya..
So why not kita belajar...
Daripada sini dapat memupuk rasa cintakan negara..
Selain menjadikan kita seorang yang merendah diri..
Lagipun kata orang...
Jauh berjalan luas pemandangan..
Walaupun bukan rancangan travel..
Kail Pagi Makan Petang ni...
Banyak mengajar kita tentang bertawakal..
Dan lagi best tengok diorang masak kat outdoor..
Dah macam main masak2 gitu..😄😄
Pada masa yang sama boleh belajar masak jugak..
Hihihi...
0 comments: