6 ciri yang perlu ada pada usahawan melayu
Kalau kita perhatikan kat kedai-kedai, super market, stesen minyak
Rata-rata bos nya adalah cina.
Bukan la melayu tak ada langsung.
Tapi minoriti.
Orang melayu lebih memilih untuk makan gaji.
Kalau berbisnes pun berapa % je yang akan kekal lama.
So dari pengalaman Una selama Una bangunkan bisnes pusat tuisyen
Una nak share apa kriteria atau mindset yang diperlukan untuk jadi usahawan berjaya?
1. Terus nak untung
Majoriti orang kita menganggap bila buat bisnes terus boleh untung.
Kat kepala asyik terbayang semua produk kita jual akan terlajak laku.
Padahal untuk permulaan tak semua orang tahu tentang produk/servis kita.
Kalau dah orang tak tau mustahil la ramai orang yang akan datang beli.
2. Terus nak bergaji
Dalam bisnes
Apa yang lebih penting adalah survival
As long as boleh balik modal
Boleh bayar gaji pekerja
Boleh bayar sewa kedai
Expenses
Dah 1 kejayaan besar
Jangan ingat
Asal dah berjaya jual terus nak ambil gaji
Even anda tak perlu bayar gaji pekerja/sewa kedai pun
Untung awal tu boleh guna untuk besarkan modal
Atau sebagai simpanan untuk masa-masa 'sesak' akan datang.
Ikat perut la sikit.
Bila bisnes dah betul-betul stabil baru agihkan untuk gaji anda.
Sebab tu sebaiknya sebelum running bisnes
Anda tetap kena ada sumber pendapatan yang lain.
3. Sabar & jangan mudah putus asa
Bukan mudah nak berjaya dalam bisnes ni
Kadang terpaksa bermodalkan air mata jugak
Bukan takat air peluh je ye
Jadi kunci nya adalah sabar
Walaupun jatuh @ berdiri nya bisnes anda
Bayang kan kejayaan yang bakal anda kecapi dalam sikit masa lagi.
Kalau anda putus asa sekarang
Sia-sia je kerja keras selama ni.
4. Degil
Nak degil biarlah bertempat
Jangan degil dengan suruhan Allah pulak.
Degil dalam bisnes ni maksud nya
Jangan mudah tergugat dengan kata-kata orang
Yelah
Masyarakat ni mulut jenis tak ada insurans
Ada je tak kena
Bila kawan/sedara mara berbisnes ada je nak komplain nya
Konon nak bagi pendapat
Tapi macam la kita perlukan pendapat diorang
Yelah sebab yang bercakap tu menjyal pun tak pernah
Ada hati nak nasihatkan orang
Ignore je dengan orang macam tu
Susah senang kita bukan diorang datang tolong pun
Fokus je dengan bisnes dan impian anda je
Bila kita senang nanti tau pulak dia nak ngendeng
5. Rajin
Bila dah berbisnes
Jangan berlagak 'bossy' pulak
Bisnes anda
Patutnya anda yang lebih kena rajin
Lebih kena kerja keras
Pekerja adalah pembantu sahaja
Mereka membantu meringankan kerja anda sahaja
Sebaiknya anda kena bergerak terlebih dahulu
6. Banyakkan amalan rohani
Orang berbisnes ni
Bos nya adalah Allah
Jika nak bisnes berjaya
Banyakkan amalan yang Allah suka
Ikut suruhannya
Solat awal waktu
Banyakkan solat sunat
Solat dhuha
Mengaji Al Quran
Zikir dan berdoa
InsyaAllah dipermudahkan
0 comments: