Resepi pelbagai jenis kerabu
Kerabu daging
Gambar ihsan : Google |
Bahan-bahan
150g daging (dihiris halus dan direbus hingga empuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris halus)
1 batang bunga kantan (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu jus limau
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kerisik
Cara membuat;
1. Campurkan ke semua bahan yang telah dihiris halus bersama daging.
2. Kemudian, masukkan kerisik, jus limau, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidang.
Kerabu sotong
![]() |
Gambar ihsan : Google |
Bahan-bahan
500g sotong (dipotong dan direbus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji cili padi (dihiris halus)
2 biji tomato (dipotong nipis)
3 tangkai daun ketumbar
2 sudu jus limau
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk cili
Cara membuat;
1. Campurkan ke semua bahan yang telah dihiris halus / dipotong bersama sotong.
2. Masukkan daun ketumbar, jus limau dan serbuk cili. Gaul sehingga rata.
3. Sedia untuk dihidang.
Kerabu mangga
Gambar ihsan. Google |
Bahan-bahan
2 biji mangga muda - bergantung kepada jenis dan saiz buah (hiris secara memanjang dan halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
5 biji cili padi (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 sudu besar jus limau
Sedikit garam dan gula
1 sudu besar serbuk kacang / kacang yang telah ditumbuk
Cara membuat;
1. Campurkan ke semua bahan yang telah dihiris halus bersama mangga.
2. Kemudian, masukkan jus limau, serbuk kacang, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
0 comments: