9 Gejala alahan yang dialami oleh wanita hamil dan cara mengatasinya
Kebiasaannya ibu hamil akan mengalami gejala atau alahan di awal kehamilan. Gejala ini selalunya bergantung kepada tahap kehamilan dan perubahan hormon dan fizikal seseorang dan bagaimana proses mengadaptasi perubahan semasa kehamilan.
Untuk kali ini saya ingin berkongsi beberapa bentuk alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil dan cara mengatasinya.
#1 Gejala: Muntah
Muntah adalah gejala yang paling biasa atau menjadi lumrah setiap ibu hamil. Boleh dikatakan, lebih kurang 75-80 peratus ibu hamil mengalaminya. Biasanya ia merupakan tanda pertama kehamilan. Keadaan menjadi lebih teruk jika bakal ibu berada dalam keletihan. Kebiasaannya gejala ini beransur hilang selepas 12 minggu.
Cara mengatasinya
Atasinya dengan cuba mengelakkan makanan yang berminyak, pedas dan meloyakan tekak atau memaksa diri untuk makan kerana beranggapan ianya makanan berkhasiat. Makanan dengan sedikit tetapi kerap dan elakkan mengambil makanan yang lambat dihadam. Makanan yang mengandungi halia boleh membantu.
#2 Gejala : Kerap membuang air kecil
Ini disebabkan oleh rahim yang menekan pundi kencing pada awal kehamilan dan kepala bayi pada akhir kehamilan.
Cara mengatasinya
Jika kerap membuang air pada waktu malam, kurangkan pengambilan air pada waktu petang.
Jika kerap membuang air pada waktu malam, kurangkan pengambilan air pada waktu petang.
Jika anda mengalami masalah kencing kotor disarankan banyakkan minum air.
#3 Gejala : Pening
Apabila anda hamil, tekanan darah menjadi lebih rendah. Mungkin juga berisiko mengalami anemia.
Cara mengatasinya
Cuba baring atau duduk tegak dengan kepala ditundukkan ke lutut. Bangun perlahan-lahan jika sedang baring atau duduk.
#4 Gejala : Sembelit
Hormon kehamilan progesteron telah mengendurkan otot usus. Oleh itu pergerakan usus telah diperlahankan dan menyebabkan sembelit.
Cara mengatasinya
Makan makanan yang berserat tinggi dan banyakkan mengambil air kosong. Lakukan senaman ringan khas untuk ibu hamil dengan tetap. Ambil zat besi yang diperskripsi selepas makan. Elakkan mengambil julap atau jamu/herba yang panas.
#5 Gejala : Kejang kaki
Keluhan biasa pada bulan-bulan terakhir kehamilan yang mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium.
Cara mengatasinya
Atasi nya dengan mengambil suplemen yang mengandungi kalsium. Untuk mendapatkan sedikit kelegaan daripada kekejangan yang menyakitkan, urut anak betis hingga ke hujung jari.
#6 Gejala : Pedih hulu hati
Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir masuk semula ke esofagus.
Cara mengatasinya
Elakkan makan terlalu banyak makan pedas dan berminyak. Selepas makan jarakkan masa lebih kurang 2-3 jam sebelum melakukan sebarang gerakan regangan otot pada bahagian abdomen.
#7 Gejala : Sesak nafas
Pada akhir kehamilan, bayi yang membesar memberi tekanan ke atas diafragma anda, dan menghalang pernafasan secara bebas. Keadaan ini biasanya pulih apabila kepala bayi telah memasuki ruang pelvis.
Cara mengatasinya
Berehat sebanyak mungkin. Tinggikan kepala semasa mengiring.
Berehat sebanyak mungkin. Tinggikan kepala semasa mengiring.
#8 Gejala : Buasir
Tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena disekeliling anus anda membengkak. Keadaan menjadi lebih teruk apabila diiringi dengan sembelit. Buasir yang ringan akan hilang selepas melahirkan bayi.
Cara mengatasinya
Elakkan sembelit dan jangan berdiri terlalu lama.
#9 Gejala : Vena varikosa (Urat simpul)
Anda lebih mendapat gejala ini pada kehamilan yang lewat, kerap atau berat badan yang berlebihan. Ia juga disebabkan oleh faktor keturunan.
Cara mengatasinya
Berehat dalam keadaan kaki ditinggikan. Stokin getah yang menyokong dapat membantu. Lakukan senaman untuk kaki.
Selain daripada kaedah di atas, anda boleh juga mengambil vitamin-vitamin berikut bagi membantu mengurangkan gejala alahan. Apa yang menariknya tentang vitamin-vitamin ini, anda boleh continue mengambilnya ketika berpantang dan selepas berpantang juga selagi anda menyusukan bayi anda. Kerana ia sangat membantu memberi tenaga, menyembuhkan luka bersalin samada secara normal atau ceaserian dan memeriahkan susu badan.
Kombinasi 4 herba dari Barat dan timur yang terdiri daripada daun pudina, halia, adas dan cekur manis.
- Membantu mencegah masalah loya, gastrik
- Melancarkan sistem penghadaman
- Melegakan rasa pedih hulu hati.
Testimoni Peppermint Ginger Plus |
Suplemen yang bukan hanya terdiri daripada unsur kalsium bahkan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, mangan dan boron meningkatkan kadar penyerapan oleh tubuhnya.
Nutrien-nutrien ini saling melengkapi berperanan;
- Membantu menguatkan tulang ibu membina tulang bayi yang kuat
- Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- Membantu pengecutan otot usus untuk melancarkan sistem penyahtinjaan
- Mengelakkan sembelit dan buasir
Testimoni Ostematrix |
Testimoni Ostematrix |
Vita C Plus dengan sains pembebasan berterusan membantu membekalkan vitamin C berterusan kepada tubuh.
Berfungsi
- Menentang jangkitan bakteria pada salur uretra.
- Membina sel darah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
- Memperbaiki gejala gusi berdarah semasa hamil
- Meningkatkan sistem imun
Testimoni Vita C Plus |
Merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia. Ujian klinikal menunjukkan pengambilan Vita Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Peranannya;
- Kandungan zat besi berfungsi membentuk hemoglobin bagi membantu mengatasi anemia
- Zink mempercepatkan penyembuhan luka
- Asid folik membantu tumbesaran fetus, merangsang pengeluaran susu badan, memberikan kesihatan pada sel darah merah lagi
Testimoni Vitalea |
Testimoni Vitalea |
********************************************************
Jika anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin di atas, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.
call/sms/whatsapp 016 2222 531
Jika anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin di atas, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.
call/sms/whatsapp 016 2222 531
pembahasannya menarik, makasih banyak ya
ReplyDelete