Panduan untuk ibu bapa menjaga gigi anak-anak supaya dapat mencegah karies gigi

8/10/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mencegah karies gigi

"Mama...gigi adik sakit!"

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa tatkala mendengar keluhan atau tangisan kecil dari si comel mereka mengenai sakit gigi. Biasanya sakit gigi ini disebabkan beberapa punca yang membawa kepada kerosakan gigi atau keries gigi di antara usia 1- 12 tahun.

Antara punca kerosakan gigi di kalangan anak kecil ialah;

#1 Pemakanan

Aspek pemakanan merupakan punca utama kepada masalah kerosakan gigi ini. Pemakanan yang mengandungi gula seperti susu formula menjadi penyumbang utama kepada karies gigi.

Susu ibu juga mengandungi gula tetapi ia tidak menyumbang kepada faktor kerosakan gigi kerana susu ibu mempunyai antibodi.

#2 Penggunaan susu botol

Kebanyakan gigi yang rosak adalah gigi atas (depan). Ketika mereka menyusu, susu (mengandungi gula) melekat pada gigi atas. Sebaliknya karies gigi jarang berlaku pada gigi bawah kerana ia dilindungi oleh lidah sewaktu kanak-kanak menyusu menggunakan botol.

Aspek penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi kalsium ketika mengandung adalah penting.

Panduan menjaga gigi susu kanak-kanak

  • Sebaik sahaja anak tumbuh gigi pada peringkat bayi, ibu bapa perlu membersihkan gigi bayi dengan menggunakan tuala basah dan lembut sebaik sahaja selesai menyusu.

  • Amalkan memberus gigi seawal gigi telah mula tumbuh. Boleh juga gunakan timblebrush, sejenis berus yang lembut yang boleh dimasukkan ibu jari ibu bapa untuk membersih gigi si comel. Pada usia 6 bulan hingga 1 tahun tidak perlu gunakan ubat gigi.

  • Awasi anak-anak agar tidak menggunakan ubat gigi berflorida. Sediakan mereka ubat gigi yang mengandungi xylitol.

  • Elakkan minuman bergas kerana kandungan asidnya bleh menghakis gigi.

  • Amalkan minum air kosong selepas mereka menyusu dan makan gula-gula atau ubat yang mengadungi gula.

  • Ajar anak-anak menggunakan flos seawal mungkin.

  • Didik atau ajar mereka teknik memberus dengan betul;

          -Gigi depan mulakan dari gusi ke bawah.
          -Gusi bawah mulakan dari gusi ke atas

  • Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Sebaik-baiknya jangan tunggu sehingga gigi sakit atau bermasalah. Ini kerana apabila sudah sakit baru buat pemeriksaan akan meninggalkan trauma dan ketakutan kepada anak-anak untuk berjumpa doktor gigi. Seperti mana yang dialami oleh majoriti masyarakat kita.

"Mama...gigi adik sakit!" Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa tatkala mendengar keluhan atau tangisan kecil dari si come...

0 comments: