5 Tips berbelanja dengan bijak buat si kaki shopping

8/04/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara nak berjimat cermat


Shopping dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ada yang jadikan shopping ni sebagai salah satu terapi. Apa taknya shopping memang salah satu akiviti yang sangat best dilakukan. Walaupun sekadar cuci mata window shopping.

Jangan kata orang, saya sendiri pun macam tu. Agak-agak rasa stress yang amat pergi shopping. Even dapat belikan diri sendiri 1 barang pun jadilah. Balik dari shopping gerenti mood dah jadi baik. Sepatutnya kalau stress pergi buat solat sunat or ngaji ke..hahaha

InsyaAllah sedang berubah ke arah itu. Aminn..

Biasanya kalau tengah bulan, masing-masing beringat la untuk control shopping..tapi kalau dah gaji keinginan nak shopping tu sure membuak-buak tambah-tambah lagi kalau macam SALE tengah OFFER. Semua nak dibeli.

So, berikut beberapa tips yang boleh anda manfaatkan agar berbelanja dengan lebih berhemah.


#1 BELI MENGIKUT KEPERLUAN, BUKAN YANG DIINGINKAN


Kalau ikutkan TERINGIN memang banyak sangat yang kita nak dan teringin. Kalau ikutkan hati, gaji sebulan pun tak cukup nak ikutkan nabajet embeli. Tak salah nak teringin atau ada keinginan tapi jangan terlalu mengikut keinginan tu.

Jadi untuk kawal perasaan teringin tu, boleh buat WISH LIST dan tetapkan siap-siap target lengkap dengan PRICE, bila boleh dapat dan macam mana nak pastikan target itu tercapai.

Contoh anda berkeinginan untuk beli handphone berharga RM 1000. Anda target untuk beli 5 bulan dari sekarang. Jadi caranya anda perlu buat simpanan RM200 setiap bulan.

#2 SENTIASA SEDIAKAN SENARAI BARANGAN YANG HENDAK DIBELI


Kebanyakan kita kalau pergi shopping complex dengan niat nak cuci mata je atau window shopping. Tapi last-last terbeli barang yang tak perlu.

#3 GUNAKAN KAD KREDIT DENGAN BIJAKSANA DAN SEOPTIMUM MUNGKIN


Kad kredit boleh membantu anda mengelola kewangan kerana anda boleh berbelanja sekarang tapi bayar kemudian. Apatah lagi, bila pihak institusi kewangan yang keluarkan kad kredit selalu buat offer menarik.

Tapi perlu beringat jugaklah. Shopping ikut kemampuan sebab akan datang kena bayar balik. Adalah lebih baik kalau selepas berbelanja dengan kad kredit, terus bayar siap-siap. Jangan tangguh-tangguh. Lagi lama tangguh lagi banyak interest kena bayar.

#4 MANFAATKAN PROGRAM PROMOSI DAN DISKAUN SECARA OPTIMUM


Sepanjang tahun boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada SALE, Promosi dan Diskaun 20% - 70%. Actually jangan mudah terpedaya dengan sales ni. Buat pilihan yang bijak sebelum membuat keputusan untuk membeli. Pastikan bahawa diskaun yang ditawarkan benar-benat berbaloi. Jangan pulak nanti menyesal bila dapat tau harga after diskaun masa sale lebih kurang sama dengan harga masa tak ada sale.

#5 MAKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERBELANJA


Ini benar bukan main-main yer. Kalau membeli dalam keadaan lapar buatkan segala-galanya nampak menarik dan nak beli. Akhirnya terlebih berbelanja.

Jadi sebelum nak shopping pergi makan kenyang-kenyang dulu. Lagi pun nanti bila bershopping dapat bantu bakar lemak yang anda santap tadi.

Selamat beramal.


Shopping dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ada yang jadikan shopping ni sebagai salah satu terapi. Apa taknya shopping memang...

0 comments: