Tips membeli set berpantang yang sesuai agar tidak membazir kerana tidak digunakan
Set berpantang adalah keperluan wajib buat ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana selepas bersalin kita sangat-sangat memerlukan set berpantang terbaik untuk bantu proses pemulihan badan. Tapi biasalah dah namanya ibu keperluan anak mesti diutamakan terlebih dahulu, settle bab anak yang bakal lahir baru pikir pasal set berpantang, betul tak? Kalau saya memang begitulah.
Sebenarnya ada tips dan panduan juga dalam membeli set berpantang ni. Kalau tengok kat pasaran sekarang bermacam-macam jenama yang available.
Tapi yang mana satu paling sesuai?
Apakah ciri-ciri set berpantang terbaik sebenarnya?
Terdapat beberapa faktor yang perlu ibu-ibu consider sebelum membeli set berpantang ni. Especially bab ‘keserasian’ set berpantang tersebut dengan anak yang bakal lahir nanti. Juga kene consider adakah set berpantang tu betul-betul boleh membantu anda kembali pulih dan bertenaga dengan cepat?
Taknaklah dah beli mahal-mahal akhirnya tak guna atau tak beri kesan seperti diimpikan. Kan dah membazir namanya tu. Yang ni saya dah alami semasa berpantang anak sulong.
Jom kita tengok tips serta panduan membeli set berpantang terbaik!
#1:Cari Info Terlebih Dahulu
Sebaiknya ibu-ibu kena cari info dulu set berpantang mana yang berkenan di hati. Jangan terus aje pergi kedai jamu lepas tu mulalah pening tak tahu mana satu nak pilih. Ibu boleh cari info melalui laman sosial dan blog atau boleh juga bertanya pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berpengalaman.
Sebaiknya dapatkan info set berpantang daripada pelbagai jenama. Study kebaikan dan keburukan setiap produk barulah senang nak pilih yang mana adalah TERBAIK .
#2: Harga & Bajet
Sangat penting untuk ibu-ibu survey harga serta pakej yang ditawarkan. Yang mahal biasanya didatangkan dengan pakej lengkap siap dengan bengkung, air mandian herba, gel peramping dan sebagainya. Nak yang mahal kenalah prepare cost nya awal-awal lagi . Tapi takpe kalau mahal but puas hati apa salahnya.
Yang bajet pun ada tapi biasanya pakej yang disediakan adalah ‘basic’ iaitu terhad kepada penjagaan dalaman. Saya cadangkan ibu survey dahulu sebab sometimes beli loose pun boleh dapat harga yang lebih berpatutan. Mungkin ada ibu yang nak pakai gel peramping brand A, bengkung brand B, set pantang brand C, so kena rajin-rajin survey harga mengikut bajet yang anda ada.
#3: Kesesuaian dan keserasian dengan badan ibu dan bayi
Bab ni paling penting, dah korek info kena cek set berpantang tadi serasi tak dengan diri sendiri. Saya cadangkan beli yang ringkas yang tak perlu renyah-renyah kena bancuh bagai unless kalau ada yang menjaga anda waktu pantang that’s another story la kan. Kalau tak alamatnya sampai habis pantang belum tentu guna.
Tapi untuk mereka yang berpantang sendiri saya suggest ambillah set berpantang dalam bentuk kapsul/tablet yang lebih senang digunakan. Tak boleh terlalu obses dengan cakap orang, mungkin set berpantang yang digunakan sesuai untuk individu tersebut tapi tak sesuai dengan anda.
Lagi satu, kena consider juga set berpantang tadi sesuai tak dengan baby? Boleh tak diambil kalau baby tiba-tiba terkena jaundis selepas lahir? Normally doktor akan nasihatkan ibu untuk tidak mengambil sebarang jamu atau herba bila baby menghidap jaundis. Risaukan kesan ‘panas’ pada baby. Bayangkan kalau baby tadi terkena prolong jaundis yang ambil masa lebih sebulan untuk hilang, langsunglah tak boleh makan dalam tempoh tu.
Jadi lebih baik pilih set berpantang yang mesra jaundis. Sekurang-kurangnya kalau baby kena jaundis dan perlu dimasukkan ke wad, ibu akan lebih bertenaga dan sihat untuk menjaga diri dan bayi.
#4: Sesuai digunakan semasa hamil, berpantang dan selepas berpantang
Bonus sekiranya ibu membeli set berpantang yang multi fungsi dan tahan lebih lama. Sebaiknya carilah set pantang yang boleh dipakai sehingga habis tempoh berpantang 44 hari (kalau lebih 44 hari lagi bagus). Sebaiknya set berpantang yang dibeli mampu menyembuhkan luka episiotomi dengan cepat, memperbanyakkan susu badan, mengelakkan masalah sembelit.
Lagi bagus jika ianya boleh dipakai sebaik sahaja bersalin. Takdelah nak kene tunggu 3,4 hari baru boleh makan. Satu lagi pilihlah set berpantang yang mampu sembukan luka jahitan dengan cepat.
Amat seksa berpantang dengan jahitan yang lambat sembuh tambah-tambah lagi kalau bersalin secara Caesarian. Lagi lambat sembuh lagi lama masa yang diambil untuk menjaga luka supaya sentiasa dalam keadaan kering.
Lagi pula kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku kepada kesihatan bayi selepas lahir. Seandainya ada sebarang komplikasi bayi akan dimasukkan ke NICU. Jadi setiap hari ibu perlu ke hospital melawat bayi dan memerlukan banyak pergerakan.
Jika kerap bergerak maka lebih lama masa yang diambil untuk jahitan sembuh. Terdapat banyak kes di mana jahitan episiotomi terbuka balik. Part ni lagi ngeri sebab kemungkinan perlu jahit semuka.
Apa pula set pantang yang saya gunakan…?
Set berpantang yang kononnya saya akan gunakan semasa berpantang anak pertama |
Masa bersalin anak pertama saya menggunakan set berpantang yang kat atas tu. Actually saya langsung tak guna pun. Yelah sebab nak kena bancuh param, pilis dan segala bagai tu. Tambah pulak panas merengga, risau pulak kalo kena pada bayi. Saya cuma berbengkung, bertungku dan berpantang makan je. Bengkung saya gunakan jenama Atika Beauty. Saya beli yang loose pack. Sangat senang nak pakai sendiri.
Masa ni lebih kurang sebulan baru luka sembuh. Penghasilan susu memang tiada masalah, sangat meriah. Tapi apa yang jadi pengalaman pahit ialah saya jadi fobia nak bersalin lagi. Nak buang air sentiasa takut-takut sebab masih rasa ngilu. Lebih-lebih lagi bila mengalami sembelit pulak. Sejam saya di dalam bilik air. Itupun 5 hari selepas bersalin.
Untuk bayi kedua, saya cuba pula set berpantang shaklee. Saya gunakan produk ni sejak sebelum bersalin lagi.
Set berpantang yang saya ambil semasa anak ke-2 |
Nantikan perkongsian pengalaman saya alami contraction tanpa sebarang rasa sakit. Sampaikan saya boleh berjalan sendiri dari parking lot ke labor room.
Dengan set berpantang Shaklee saya lebih bertenaga, luka episiotomi sangat sangat cepat sembuh, padahal seminggu pertama selepas bersalin saya terpaksa melawat anak setiap hari di NICU kerana bayi alami komplikasi selepas lahir. Seminggu luka dah sembuh dan hari ke14 benang dah mula tertanggal.
Masalah sembelit memang tak ada! Sehari selepas bersalin saya dah membuang tanpa sebarang masalah. Alhamdullilah set berpantang Shaklee juga takde pape efek atau kesan panas kat baby sebab ianya vitamin. Walaupun baby terkena jaundis waktu tu. 5 hari dia di NICU, selepas tu pihak hospital kol minta saya jaga bayi di wad sebab jaundis. Saya susukan bayi dengan kerap esoknya bacaan terus turun ke paras normal.
Badan juga rasa lebih bertenaga walaupun tak cukup rehat dan kena handle toddler yang umur 2 tahun lagi waktu pantang tu. Oh ya saya berpantang sendiri tau, semua perkara buat sendiri! Nemasak, membasuh, mengemas. Yelah suami cuma dapat cuti seminggu je.
Jadi kalau ikut pengalaman saya set berpantang terbaik untuk penjagaan dalaman dan luaran.
Kesimpulannya, soal beli keperluan set berpantang ni kene survey awal-awal lagi dan cari info secukupnya. Pada masa yang sama simpan bajet awal-awal supaya ibu boleh pilih set berpantang yang terbaik untuk diri sendiri.
********************************************************
Jika anda ingin mendapatkan set berpantang shaklee atau ada sebarang pertanyaan berkenaan produk shaklee, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.
call/sms/whatsapp 016 2222 531
call/sms/whatsapp 016 2222 531
0 comments: